VVIP TOS

Friday, February 18, 2011

~Tahniah. JPM 2011/2012 ~ Suara Siswa Perjuangan Anda ~

tetibe je aku dpt ilham nak tulis suatu benda yg aku malas nak tulis padahalnye...bukan ape, honestly aku ckp JPM MESTECH tidak setara dengan MPP...


JAWATANKUASA PERWAKILAN MAHASISWA
UNIVERSITI KUALA LUMPUR
KAMPUS MESTECH

  1. Proses Penamaan Calon berlangsung dengan lancar walaupun berlaku sedikit keraguan apabila tarikh akhir proses penamaan calon dipanjangkan. bukan ingin menimbulkan masalah dengan pihak SPR MESTECH.
  2. Tempoh Kempen- dilihat hanya perang poster berlangsung dimana hampir keseluruhan kawasan kampus di "ceriakan " dengan pelbagai manifesto calon2 yg bertanding.
  3. Pengucapan Awam Calon Bertanding - diadakan bagi memberi peluang setiap calon "mendendangkan" manifesto masing2...even aku n rakan2 just masuk utk seketika sahaja..ada jua suara sumbang mengenai serangan terhadap peribadi calon yg hilang kelayakan bertanding.
  4. Proses Undian - seawal jam 9.00pagi, SPR dilihat tidak bersedia dengan awal. Apabila maklumat yg disampaikan bahawa pada 9.00pagi pemilih boleh melaksanakan tanggungjawab masing2..Malang, kertas undian dikatakan baru diphotostat? Sekali lagi, bukan bertujuan utk mencari salah pihak SPR MESTECH.
  5. Pengumuman Undian
Berikut adalah keputusan rasmi PRK JPM MESTECH
  • Mohd Nor Ridzuan Abd Mutalib
  • Norliyana Razali
  • Nur Humairah Hani Abdul Rahman
  • Muhammad Salehin Suib
  • Muhammad Yusof Samsuddin
  • Muhammad Meizan Asyraf Mohd Isa
  • Nur Syahida Mohammad Basri
Proses Pembentukan Kabinet JPM 2011/2012 - masih belum diketahui status.

Tahniah diucapkan kepada calon2 yang menang dalam pilihanraya kali ini. Diharapkan saudara/saudari dapat menyuarakan mahasiswa dengan lantang di peringkat pentadbiran Universiti dan jangan sesekali merelakan diri anda dan kepimpinan JPM  menjadi alat atau sekadar boneka kepada pihak pentadbiran semata-mata. Tiada niat aku nak menghentam pihak pentadbiran Universiti.

Dan tidak lupe juga pada calon2 yang menang, kami student akan menuntut segala taburan janji2 anda . tmbh sikit lagi, kami memilih kamu bukan atas kerana setiakawan tapi kami percaya anda semua dapat menjadi medium utk pihak mahasiswa bersuara.

Sekian terima kasih.

Ahmad Sabri bin Muhamad

p/s: cam skema lak ayat aku ni kn....hahahaa......jgn korunk dpt point aku sudah....wakakaka......cool peace no wars....hehehehe

No comments: