VVIP TOS

Monday, October 28, 2013

WE ARE UNIKL : WHERE KNOWLEGDE IS APPLIED

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Hari mendung awan kelabu, menanti masa hujan membasahi isi bumi. Hujan adalah rahmat buat semua.. di saat ini datang idea untuk menulis sedikit coretan mengenai tempat menimba ilmu yakni Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

Tujuan entri ini bukan nak promote ke apa , tapi just nak citer sikit pasal UniKL nie.

Universiti Kuala Lumpur , merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pd Ogos 2002. UniKL ni banyak kampus, 12 kampus berasingan menawarkan pelbagai kepakaran dan pengkhususan bidang pengajian. awalan penubuhan UniKL memfokuskan kepada bidang teknikal sejajar dengan inspirasi Negara untuk mencapai status negara maju. Namun kini , UniKL berkembang dengan menawarkan bidang pengajian Pengurusan Perniagaan , Sains Kesihatan , Sains Perubatan , Proses dan Pembuatan.

Berikut adalah senarai kampus cawangan UniKL.

  1. UniKL MFI
  2. UniKL BMI
  3. UniKL MSI
  4. UniKL MESTECH
  5. UniKL RCMP
  6. UniKL MIIT
  7. UniKL MIMET
  8. UniKL MIAT
  9. UniKL MICET
  10. UniKL IPROM
  11. UniKL MITEC
  12. UniKL Business School
Pembiayaan pelajaran boleh melalui MARA(just for Bumiputera)dan PTPTN atau mana2 tajaan lain. Yuran pengajian berpatutan dan kelengkapan fasiliti yg cukup lengkap. Bermotto kan ' Where Knowledge is Applied ' , UniKL telah berada di tahap yang terbaik apabila graduan UniKL di terima oleh pasaran industri masakini. Mendapat pengiktirafan dalam negara serta luar negara cukup membuktikan UniKL berada di kelas mereka sendiri.

Permohonan ke UniKL dibuka sepanjang tahun dengan 3 sesi ambilan , iaitu Ambilan Januari , Ambilan Julai serta Ambilan September. 

Klik sini untuk maklumat pengambilan (Permohonan UNIKL)

Klik sini untuk ke Laman Sesawang Rasmi UniKL ( Universiti Kuala Lumpur )

Jom layan lagu ' We Are UniKL '


sekian saja entri untuk UniKL ni..kalau ade pertanyaan boleh coret kt ruangan komen...

p/s: segala yg tertulis diatas ini adalah 100% nukilan dari penulis blog...hahaha.....

Saturday, October 26, 2013

Taufan PSPM!!

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

PEPERIKSAAN SEMESTER PROGRAM MATRIKULASI 1 2013/2014


Selamat maju jaya diucapkan kepada semua calon-calon PSPM yang telah memulakan langkah perjuangan akademik sejak dari 25 Oktober 2013. Teruskan fokus mengulangkaji untuk hari-hari yang lain. Semoga tenteram jiwa serta dilapangkan dada untuk memahami serta menghayati segala apa yang dibaca dan diulangkan.



Ucapan khas kepada adik-adik Kolej Matrikulasi Perlis yang kini mesti tengah stress nak exam kan? biasalah tu, stress bukan selalu pun, skali skala je..haha. apapun kalian cuma study balik dan fahamkan semula apa yang dicurahkan oleh pensyarah dalam kuliah..itu jer....melainkan kalian xmasuk kuliah, xtaw la den nak nolongnyer...haha..


Untuk adik-adik PIA KMP 2013 , harap anda semua berjaya dengan cemerlang. Anda aset keluarga yang paling bernilai dan aset buat negara pada masa negara ( dh macam ucapan politik plak aku ni)..bawah ni jadual exam kalian semua.... xdak dah countdown2...hahaa.... Selamat berjuang untuk semua...






apa yang paling penting , minta doa banyak2, jga pergaulan, xnak dah stress2 ni... kurang berDOTA, kurangkan PES/FIFA...kurangkan CandyCrush..kurang gula bykkn manis dlm senyuman..#eh!!haha..

tak lupa juga pada geng2 C3 301... goodluck semua. especially Amirul Fitri Ahmad Khairi!!! hahaha.. Pidot, Rafi' , Hilal , Epul , Wan and Vel...

GKG : Saingan Watson!

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera

Tahniah diucapkan kepada pasukan The Red Warrior ( Kelantan FA ) kerana melayakkan diri ke slot akhir Piala Malaysia buat kali ke-4. Kelantan FA akan turun di pentas akhir selaku pasukan yang akan mempertahankan kejuaraan musim lalu. 25 Oktober 2013, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan FA mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila menerima kunjung dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kelantan FA yang sedia maklum telah membawa bekalan yang selesa pada perlawanan pertama di Stadium Selayang dengan kemenangan 2-1 telah membuktikan pada malam ini, mereka layak dilabelkan sebagai pasukan terunggul apabila mendapat 2-2 di stadium keramat mereka sendiri.



Perlawanan malam ini cukup mendebarkan seisi rumah sewa aku..hahaha..perlawanan babak pertama memperlihatkan ATM mempamerkan aksi yang berkualiti. Kelantan FA sebaliknya bangkit selepas ketinggalan 2-0 pada aksi babak ke-2. Tuah menyebelahi pasukan TRW apabila berjaya menghancurkan impian ATM untuk mengalahkan TRW di stadium keramat ini.

apa-apapun , kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang paling menarik setakat musim ini. Pada ATM, cuba lagi pada musim akan datang. Kelantan terus melangkah ke final Piala Malaysia dengan bergaya, Siapakah bakal lawan TRW nanti? Nantikan esok pertembungan antara SARAWAK dan PAHANG di Stadium Negeri ,Sarawak.

p/s: dh macam pengulas sukan plak aku wat entri kali ni...hahaha.. kang dh cakap, rakyat Malaysia hebat2 belaka.....nanti pakat g tengok perlawane akhir TRW kito deh!!! Gomo Kelate Gomo!!!




Friday, October 25, 2013

Baru Update : Bersarang Blog Aku!

Assalamualaikum w.b.t & Salam Penghulu Segala Hari

Sudah lama tidak menulis sesuatu dalam halaman ni kn... acecey nak bajet sibuk la konon.

Umum semua dh tahu kan hari ini pembentangan Bajet 2014 oleh YAB Perdana Menteri Malaysia , Dato' Najib Razak. Agak2 apa yg dibentangkan ek? LoL ... lupa masa ni ngah bentang kn.. xyah dengar pun xpe.. for sure sejam dua lagi, ramai rakyat2 Malaysia tetibe menjadi penganalisis ekonomi.haha..bukan nak cakap la, kekadang tu byk input yg bukan pakar melebihi pakar. itu uniknya Malaysia.

eh...itu bukan pokok utama aku nak tulis k...xpasal2 aku kena kutuk ngan politikus2 yang xbertauliah nanti.hehe. Apa yang aku nak fokuskan kali ini adalah Pemilihan Majlis Perwakilan Mahasiswa IPTA or PRK Universiti. Makluman bila citer pasal PRK ni, mesti xboleh lari dari sebut Aspirasi dan ProMahasiswa..haha... ala parti politik la konon tu..

Beberapa keputusan telah diperolehi

UKM - Gabungan Mahasiswa UKM menang bergaya apabila memenangi 22 kerusi berbanding Aspirasi sebanyak 4 kerusi.

USM - Aspirasi mencatatkan kehilangan beberapa kerusi dimana hanya memenangi 15 kerusi manakala Pro-Mahasiswa memenangi 9 kerusi . *

USIM - Calon Mahasiswi mendahului semua calon2 lain dengan undian sebanyak 4800 lebih.

Lepas ni kita saksikan keputusan yang lain pulak...hahaa...

Apa-apapun, Tahniah dan Takziah kepada mereka yg menang, laksanakan tugas sebaik mungkin. Pada yg kalah, teruskan perjuangan kalian.

p/s: aku dah macam penganalisis politik kampus r pulak kn... see, rakyat Malaysia memang awesome, semua bidang buat buat....hahahha