VVIP TOS

Saturday, October 26, 2013

GKG : Saingan Watson!

Assalamualaikum w.b.t. & salam sejahtera

Tahniah diucapkan kepada pasukan The Red Warrior ( Kelantan FA ) kerana melayakkan diri ke slot akhir Piala Malaysia buat kali ke-4. Kelantan FA akan turun di pentas akhir selaku pasukan yang akan mempertahankan kejuaraan musim lalu. 25 Oktober 2013, di Stadium Sultan Muhammad IV, Kelantan FA mempamerkan aksi yang menakjubkan apabila menerima kunjung dari pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Kelantan FA yang sedia maklum telah membawa bekalan yang selesa pada perlawanan pertama di Stadium Selayang dengan kemenangan 2-1 telah membuktikan pada malam ini, mereka layak dilabelkan sebagai pasukan terunggul apabila mendapat 2-2 di stadium keramat mereka sendiri.



Perlawanan malam ini cukup mendebarkan seisi rumah sewa aku..hahaha..perlawanan babak pertama memperlihatkan ATM mempamerkan aksi yang berkualiti. Kelantan FA sebaliknya bangkit selepas ketinggalan 2-0 pada aksi babak ke-2. Tuah menyebelahi pasukan TRW apabila berjaya menghancurkan impian ATM untuk mengalahkan TRW di stadium keramat ini.

apa-apapun , kedua-dua pasukan mempamerkan aksi yang paling menarik setakat musim ini. Pada ATM, cuba lagi pada musim akan datang. Kelantan terus melangkah ke final Piala Malaysia dengan bergaya, Siapakah bakal lawan TRW nanti? Nantikan esok pertembungan antara SARAWAK dan PAHANG di Stadium Negeri ,Sarawak.

p/s: dh macam pengulas sukan plak aku wat entri kali ni...hahaha.. kang dh cakap, rakyat Malaysia hebat2 belaka.....nanti pakat g tengok perlawane akhir TRW kito deh!!! Gomo Kelate Gomo!!!




No comments: