VVIP TOS

Monday, October 28, 2013

WE ARE UNIKL : WHERE KNOWLEGDE IS APPLIED

Assalamualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera.

Hari mendung awan kelabu, menanti masa hujan membasahi isi bumi. Hujan adalah rahmat buat semua.. di saat ini datang idea untuk menulis sedikit coretan mengenai tempat menimba ilmu yakni Universiti Kuala Lumpur (UNIKL)

Tujuan entri ini bukan nak promote ke apa , tapi just nak citer sikit pasal UniKL nie.

Universiti Kuala Lumpur , merupakan institusi pengajian tinggi yang dimiliki sepenuhnya oleh Majlis Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan pd Ogos 2002. UniKL ni banyak kampus, 12 kampus berasingan menawarkan pelbagai kepakaran dan pengkhususan bidang pengajian. awalan penubuhan UniKL memfokuskan kepada bidang teknikal sejajar dengan inspirasi Negara untuk mencapai status negara maju. Namun kini , UniKL berkembang dengan menawarkan bidang pengajian Pengurusan Perniagaan , Sains Kesihatan , Sains Perubatan , Proses dan Pembuatan.

Berikut adalah senarai kampus cawangan UniKL.

  1. UniKL MFI
  2. UniKL BMI
  3. UniKL MSI
  4. UniKL MESTECH
  5. UniKL RCMP
  6. UniKL MIIT
  7. UniKL MIMET
  8. UniKL MIAT
  9. UniKL MICET
  10. UniKL IPROM
  11. UniKL MITEC
  12. UniKL Business School
Pembiayaan pelajaran boleh melalui MARA(just for Bumiputera)dan PTPTN atau mana2 tajaan lain. Yuran pengajian berpatutan dan kelengkapan fasiliti yg cukup lengkap. Bermotto kan ' Where Knowledge is Applied ' , UniKL telah berada di tahap yang terbaik apabila graduan UniKL di terima oleh pasaran industri masakini. Mendapat pengiktirafan dalam negara serta luar negara cukup membuktikan UniKL berada di kelas mereka sendiri.

Permohonan ke UniKL dibuka sepanjang tahun dengan 3 sesi ambilan , iaitu Ambilan Januari , Ambilan Julai serta Ambilan September. 

Klik sini untuk maklumat pengambilan (Permohonan UNIKL)

Klik sini untuk ke Laman Sesawang Rasmi UniKL ( Universiti Kuala Lumpur )

Jom layan lagu ' We Are UniKL '


sekian saja entri untuk UniKL ni..kalau ade pertanyaan boleh coret kt ruangan komen...

p/s: segala yg tertulis diatas ini adalah 100% nukilan dari penulis blog...hahaha.....

1 comment:

Malyanah Zahari said...

Assalamualaikum.. Kalu pengambilan pelajar ke uniKL mestech pula mcm mana? Pd bln 9 je ke?