VVIP TOS

Thursday, December 23, 2010

LUAHAN HATI INI

Saat Indah Itu Mula Berlalu
Meninggalkan Diri Kesepian Pilu
Merana Hati Dek Keberatan Rindu
Terfikirkah Kau Akan Aku


Ingatkah dia akan AKU?

SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Teman nak ucapkan 
SELAMAT ULANGTAHUN KELAHIRAN PADA SAHABAT TEMAN

NUR EDAYU ZAINI

gmbar nie jela ade dlm simpanan aku...huhuhu.....


Tuesday, December 21, 2010

K.A.K.S Part 2

Part 2...
Kita try ushar gmbar2 je la ek....
xlarat eden nak menaip...hahahhaa

sesudah smpai di IAB
dihadapan IAB

Put n Adani...pose sikit...
Mang kaki posing sume ni...ahakz..
Faiz n Hanif
Group aku nie....

K.A.K.S Part 1

12 Disember 2010 - 17 Disember 2010
Institut Aminudin Baki , Genting Highland

KURSUS ASAS KEUSAHAWAN SISWA ( K.A.K.S.) 
UNIKL MFI - UNIKL MESTECH

--------------------------------------------------------------------------

Tesergam indah IAB
dibaluti kesejukan alam semulajadi
dibelai oleh angin yang tenang
terbentang luas panorama khatulistiwa

67 peserta ulung
memecah suram yang sepi
gegak gempita suara manusia..
MFI-MESTECH bertemu lagi..

Hari demi hari....
Ceramah berganti ceramah...
Tarian bertukar tarian...
Jiwa dan rohani kekal padaNya...

Hujan turun membasahi bumi...
menyerlahkan kesejukan di puncak ini....
Borak kosong pemanas badan...
Menambah lagi kemesraan peserta...

Anak tangga dipanjat tinggi..
Usaha didaki mencapai kejayaan...
Anak tangga dituruni laju...
Kejayaan lampau menjadi pemangkin......

Kota keriangan singgahan terakhir...
Skyway menjadi pilihan hati...
Gayatnya tiada bergalang ganti....
Terdedah sudah rahsia Genting....

Dalam saat bergembira...
Namun duka mengejar jua....
Dalam kita bersama...
Ada juga yang terpisah mati....
-----------------------------------------------------------------

Tuesday, December 7, 2010

MERUNGKAP ERTI TAUBAT



Pengertian taubat menurut syara ialah kembali kepada Allah dengan berpegang teguh kepada kewajipan yang diwajibkan kepada hambaNya. Meninggalkan laranganNya atau beralih dari setiap perbuatan yang dibenci kepada yang disenangi.

Orang yang bertaubat amat beruntung kerana kembali menjalankan perintah Allah dan menjauhkan larangannya. Inilah hakikat taubat sehingga Allah memberi kejayaan dan pahala kepada sesiapa yang mentaati hakikat ini. FirmanNya:

وَتُوْبُوا اِلَى اللهِ جَمِيْعًا اَيُّهَا الْمُؤْمِنُوْنَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُوْنَ.
“Bertaubatlah kamu sekalian wahai kaum mukminin! Semoga kamu mendapat kemenangan”.[1]

Al-Quran menjelaskan bahawa Allah Maha Pengasih, Penyayang dan Maha Pengampun yang sentiasa mengampunkan segala dosa hambaNya yang mahu bertaubat. FirmanNya lagi:

قُلْ يَا عِبَادِيَ الَّذِيْنَ اَسْرَفُوْا عَلَى اَنْفُسِهِمْ لاَ تَقْنَطُوْا مِنْ رَحْمَةِ اللهِ اِنَّ اللهَ يَغْفِرُ الذُّنُوْبَ جَمِيْعًا اِنَّهُ هُوَ الْغَفُوْرُ الرَّحِيْمِ ، وَاَنِيْبُوْا اِلَى رَبِّكُمْ وَاَسْلِمُوْا لَهُ مِنْ قَبْلِ اَنْ يَاْتِيَكُمُ الْعَذَابُ ثُمَّ لاَ تُنْصَرُوْنَ.
“Katakanlah! Wahai hamba-hamba Ku yang melampaui batas terhadap dirinya sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnyanya Dialah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Dan Kembalilah kamu kepada Tuhanmu dan berserah dirilah kepadaNya sebelum datang azab kepadamu kemudian kamu tidak dapat ditolong (lagi)”.[2]

Melalui Sifat Allah Yang Maha Pengasih dan Pengampun, Allah menjanjikan rahmat dan pengampunan dari semua dosa kepada hambaNya yang bertaubat. Allah Subhanahu wa-Ta’ala pula bertanya mengapa kamu tidak mahu bertaubat sedangkan taubat adalah amalan yang mulia di sisiNya sebagaimana firmanNya:

اَفَلاَيَتُوْبُوْنَ اِلَىاللهِ وَيَسْتَغْفِرُوْنَهُ وَاللهُ غَفُوْرٌرَحِيْمٌ.
“Maka mengapa mereka tidak mahu bertaubat kepada Allah dan memohon ampun kepadaNya? Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.[3]

وَرَبُّكَ الْغَفُوْرُ ذُوْ الرَّحْمَةِ
“Dan Tuhanmu Maha Pengampun lagi melimpah-limpah rahmatNya”.[4]

Oleh kerana Allah Maha Pengasih, Maha Penyayang, melimpah-limpah rahmatNya dan mencintai hambaNya yang bertaubat, maka adalah suatu kesilapan bagi seseorang yang melambat-lambatkan taubatnya sehingga menunggu pada sesuatu masa yang tertentu, seperti menunggu di hari tua, setelah menunaikan haji, setelah bersara, setelah berilmu, setelah berjaya meninggalkan maksiat, setelah berkeluarga atau sebagainya. Maka melengah-lengahkan taubat seperti ini adalah suatu kejahilan dan kesilapan yang nyata. Sebenarnya Allah menyeru agar hambaNya sentiasa bersegera meminta keampunan dan bertaubat kepadaNya sebagaimana firmanNya:

وَسَارِعُوْا اِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ رَّبِّكُمْ وَجَنَّةٍ عَرْضُهَا السَّمَوَاتِ وَاْلاَرْضِ اُعِدَّتْ لِلْمُتَّقِيْنَ
“Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa”.[5]

Allah Subhanu wa-Ta’ala tidak akan membiarkan para hambanya bergelumang dengan berbagai dosa, oleh kerana itu Allah sentiasa membuka luas pintu taubat dan keampunannya kepada mereka yang mahu bertaubat. Allah memberikan contoh bahawa Nabi Adam dan Hawa telah bertaubat dari kesalahannya dan Allah Yang Maha Pengasih dan Penyayang menerima taubat mereka. Allah berfirman:

قَالاَرَبَّنَا ظَلَمْنَآ اَنْفُسَنَا وَاِنْ لَّمْ تَغْفِرْ لَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ.
“Keduanya (Adam dan Hawa) berdoa, Ya Tuhan kami! Kami telah menganayai diri kami sendiri dan jika Engkau tidak mengampuni kami, nescaya kami termasuk orang-orang yang merugi”.[6]

فَتَلَقَّى آدَمُ مِنْ رَبِّهِ كَلِمَاتٍ فَتَابَ عَلَيْهِ اِنَّهُ هُوَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمِ.
“Kemudian Adam Menerima beberapa kalimat dari Tuhannya, maka Allah menerima taubatnya. Sesungguhnya Allah Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang”.[7]

ثُمَّ اجْتَبَاهُ رَبُّهُ فَتَابَ عَلَيْهِ وَهَدَى
“Kemudian Tuhan memilihnya (Nabi Adam ‘alaihis salam), maka Dia menerima taubatnya dan memberi petunjuk”.[8]
-------------------------------------------------------------------------------------

[1] - An-Nur, 31.
[2] - Az-Zumar, 53-54.
[3] - Al-Maidah, 74.
[4] - Al-Kahfi, 58.
[5] - Ali-Imran, 133.
[6] - Al-Baqarah, 23.
[7] - Al-Baqarah, 37.
[8]- Taha, 122.

TAHNIAH MALAYSIA


Salam semua...
dari tadi duk syok tgok RTM 1 Siaran Bolasepak Piala AFF SUZUKI 
Perlawanan melibatkan MALAYSIA menentang LAOS.
sedia maklum, perlawanan ini bukanlah perlawanan tumpuan aku.
yang lebih penting adalah sejauhmana skuad Indonesia menafikan kekuatan skuad Thailand.
hhahaa...

Akhirnya...
Skuad Indonesia menunjukkan kehebatan mereka sebagai tuan rumah dengan menghancurkan harapan Thailand utk mara ke separuh akhir.

2-1

Kejayaan Indonesia ini memberi peluang atau senang citer, memberi nafas kembali kepada skuad Harimau Malaysia untuk mara ke separuh akhir nanti.

Bak kata jurulatih skuad kebangsaan,
" Kami tidak bergantung kepada ihsan Indonesia, kami bergantung kepada kekuatan kami"
terbaik la coach...
wa salute korunk semua.

Yg duk kritik saje tu, 
jgn kritik saje...
bagilah pandangan utk kejayaan bolasepak negara...

MENERJAH MASA LALU DAN MENEROKA MASA DEPAN


Ada yang bertanya, sejauh mana masa lalu mempengaruhi kejayaan kita di masa depan?
Sebelum kita menjawab pertanyaan diatas, kita lihat faktanya saja. Ada orang yang memiliki masa lalu kelam,masa lalu yang pahit, dan penuh kegagalan, namun saat ini mampu meraih kejayaan yang gemilang. Ada juga orang yang sekarang berjaya kerana masa lalunya penuh dengan kejayaan. Sebaliknya juga ada, tidak sedikit orang yang memiliki masa lalu indah dan gemilang namun mengalami kegagalan saat ini.
Masa lalu, baik atau buruk, akan meninggalkan kenangan. Baik kenangan indah yang membuat kita semangat. Namun kadang, kenangan indah juga membuat orang terlena. Beruntunglah yang menjadikan kenangan indah sebagai pemicu semangat. Begitu juga, ada orang yang meninggalkan kenangan pahit kemudian dijadikannya sebagai cambuk yang memotivasi dirinya hingga sukses. Namun, tidak sedikit orang yang hilang semangat kerana masa lalu yang kelam.
Jadi, terlepas apakah masa lalu kita itu baik atau buruk, yang terpenting ialah bagaimana kita mengambil hikmah kemudian dijadikan sebagai landasan kita untuk melangkah ke depan saat ini. Tidak peduli apakah kenangan itu baik atau buruk, keduanya mengandungi hikmah. Selanjutnya, apakah kita mahu memanfaatkan hikmah itu sebagai tindakan saat ini atau tidak?
Kuncinya Ada Pada Saat Ini

Kuncinya ada pada saat ini, bukan masa lalu. Bagimana kita bersikap dan bertindak sekarang. Bagaimana kita melihat masa lalu kemudian mengambil tindakan untuk menyongsong masa depan.
Itulah yang perlu kita lakukan saat ini atau sekarang: mengambil hikmah dan bertindak.
Aku teringat dengan kata-kata W Michell, orang yang sebahagian besar tubuhnya pernah terbakar dan hidup diatas kerusi roda. Dia mengatakan
“It’s not what happens to you. It’s what you do about it.”
Ini bukan tentang apa yang terjadi pada kita. Ini tentang apa yang kita lakukan dengannya. Fokusnya: apa yang kita lakukan. Bila? Ya sekarang.
Ada kata-kata yang indah, yang dikatakan oleh baginda Rasulullah SAW
Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)
Apa pun yang terjadi di masa lalu, kebaikan atau musibah, keduanya menjadi lahan mendapatkan pahala dari Allah.

HIJRAH JIWA : REMAJA MASAKINI PERLU HIJRAH


Hijrah itu pengorbanan,
Hijrah itu perjuangan,
Hijrah itu persaudaraan,
Hijrah membentuk perpaduan…
Begitulah bait-bait lagu yang sering berkumandang apabila tibanya Awal Muharam. Umat Islam mengorak langkah ke tahun 1432H iaitu bersempena peristiwa penghijrahan besar junjungan Rasulullah s.a.w dan umat Islam yang beriman ke Madinah.
Hijrah secara amnya merujuk kepada perpindahan dari satu keadaan ke satu keadaan yang lebih baik. Hijrah dalam konteks sejarah Islam merujuk kepada perpindahan Nabi Muhammad s.a.w. bersama-sama sahabat baginda dari Kota Mekah ke Kota Madinah demi memelihara akidah kepada Allah yang Maha Esa serta kemaslahatan umat Islam yang sedang dipimpin.
Peristiwa penghijrahan ke kota Madinah memberi erti mendalam kepada umat Islam. Terdapat banyak hikmah dan kesan yang dapat dihayati terutama sekali bagi remaja Muslim sebagai pewaris masa depan negara.
Dalam melaksanakan hijrah ke Madinah, Rasulullah dan para sahabat menghadapi pelbagai rintangan dan ancaman khususnya daripada pihak kaum Musyrikin Mekah ketika itu. Namun akhirnya rombongan Muslimin Mekah selamat tiba ke Madinah dengan perancangan yang teratur beserta pertolongan dan izin Allah.
Peristiwa penghijrahan ini juga membawa kepada terbentuknya sebuah negara Islam pertama di dunia. Rasulullah s.a.w telah berjaya memimpin masyarakat Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku kaum Arab dan golongan bukan Islam dari kaum Yahudi. Hal ini terjadi hasil kepimpinan Rasulullah yang adil dan bijaksana berpandukan petunjuk wahyu ilahi.
Menghargai usia dengan amal soleh
Sebagai remaja pada zaman moden ini, kita pastinya tidak melalui rintangan getir seperti yang dihadapi oleh Rasulullah s.a.w dan sahabat-sahabat baginda. Namun cabaran yang melanda umat Islam masa kini tetap menuntut kita melakukan muhasabah diri, penghijrahan minda serta peribadi, serta peningkatan iman dan semangat jihad dalam diri.
Setelah setahun berlalu dan ternyata umur kita juga semakin meningkat. Tempoh tersebut mungkin tidak remaja rasakan sebagai satu fasa perubahan yang amat ketara, malah kedapatan remaja yang berasa amat gembira kerana mereka kini mempunyai kebebasan untuk melakukan perkara yang tidak boleh mereka lakukan sebelum ini.
Sesetengah remaja mungkin berasakan bahawa adalah tidak mengapa untuk melakukan perkara yang dilarang oleh agama kerana mereka masih muda, dan kemudian beranggapan bahawa mereka boleh bertaubat kelak apabila masa tua. Tetapi persoalannya adakah kelak remaja sempat untuk bertaubat atau adakah ajal bakal menemui terlebih dahulu?
Allah mengurniakan nikmat usia muda kepada kita beserta dengan kesihatan tubuh badan dan akal yang cerdas. Justeru kita perlu memanfaatkan nikmat usia muda dengan melakukan perkara yang membawa ke arah kebaikan dan amal soleh.
Nasihat daripada Saidina Umar al-Khattab agar kita menjadikan hari ini lebih baik daripada semalam, dan hari esok lebih baik daripada hari ini. Seandainya kita masih terus berada di takuk yang lama maka kita bakal tergolong dalam kalangan orang yang rugi.
Oleh yang demikian, kita masih berpeluang melakukan hijrah secara peribadi iaitu hijrah hati dan perlakuan dengan berusaha melaksanakan kebaikan dan meninggalkan keburukan serta kemungkaran. Penghijrahan diri remaja bermula daripada proses timbulnya kesedaran untuk berubah dan diikuti dengan keinginan berubah yang begitu kuat lalu membuahkan tindakan yang mencetuskan perubahan yang dimahukan.
Mempertingkatkan keazaman dan usaha
Bertitik tolak daripada tarikh peristiwa hijrah Rasulullah bersama sahabat-sahabat baginda, dakwah Islam menempuh episod baru dan mula mencapai kejayaan yang gemilang.
Umat Islam pada awalnya merupakan golongan yang ditindas dan diseksa oleh kaum musyrikin di Mekah sebelum penghijrahan, tetapi selepas penghijrahan ke kota Madinah, kaum Muslimin mempunyai kedudukan yang kuat dengan terbentuknya sebuah negara Islam yang menjadi asas kekuatan dan perkembangan Islam seterusnya.
Peristiwa hijrah perlu dikenang oleh remaja Islam setiap tahun sebagai peringatan tentang pengorbanan Rasulullah s.a.w. dan sahabat-sahabatnya dalam menegakkan Islam. Kejayaan yang diimpikan tidak akan datang dengan mudah, sebaliknya ia perlu melalui perjuangan yang gigih dan pengorbanan masa, tenaga dan jiwa raga.
Pengorbanan di dalam peristiwa penghijrahan ini juga tidak hanya dilihat kepada hijrah fizikal semata-mata, tetapi yang lebih penting ialah keupayaan untuk menegakkan dan memperkemaskan jaringan dan usaha dakwah Islamiah.
Selain itu, kita turut dapat memahami bahawa semangat ukhuwah dan perpaduan antara sesama umat Islam menjadi asas kepada pertolongan kaum Aus dan Khazraj di Madinah yang berusaha membantu kaum Muhajirin dari Mekah dengan apa yang dimiliki.
Oleh yang demikian, setiap remaja Muslim perlu memiliki semangat untuk berubah dan berjaya dalam segenap ruang kehidupan, apatah lagi melihat kepada cabaran globalisasi yang semakin menghimpit dan arus kemodenan yang semakin menghakis nilai-nilai keimanan dan ketakwaan.
Di samping itu, hijrah tidak akan terlaksana sepenuhnya tanpa gandingan iman dan jihad, tidak kira sama ada hijrah pada pengertian sebenar iaitu berpindah tempat ataupun hijrah hati dan jiwa daripada keburukan kepada kebaikan.
Kesimpulan
Kesedaran terhadap kepentingan Tahun Baru Hijrah dalam Islam harus dipupuk di kalangan masyarakat Islam, terutamanya remaja. Dengan kesedaran tentang latar belakang sambutan tahun baru dalam Islam, umat Islam khususnya di negara ini dapat menjadikannya sebagai wadah untuk membina keazaman baru bagi menggiatkan usaha membina peribadi dan pencapaian yang cemerlang.
Justeru, bersempena dengan ketibaan tahun baru 1432 hijrah ini ayuh kita remaja Muslim bersama-sama melakukan hijrah ke arah mempertingkatkan diri demi mencapai keredaan ilahi dan memelihara kesejahteraan agama Islam dan umatnya.

Monday, December 6, 2010

MAAL HIJRAH : PENGHAYATAN KONSEP HIJRAH

Assalamualaikum & Salam Hijrah


Sebelum bercakap mengenai Hijrah lebih lanjut, eloknya jika kita merungkai kembali makna hijrah terlebih dahulu. 

Hijrah bermaksud perpindahan. Perpindahan ini bermula apabila Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu dari Allah S.W.T untuk melakukan penghijrahan dari Kota Makkah ke Kota Madinah. Adalah maklum bahawa penghijrahan ini bukan bermakna melarikan diri atau takut. Tapi hijrah ini adalah lebih kepada konteks menyusun kembali strategi dakwah.

Hijrah menjadi batas sempadan di antara tempoh Mekah dan tempoh Madinah. Ayat-ayat al-Quran berbeza daripada segi uslub dan perintah-perintahnya, (Dengan sebab itu ada ayat Makiyyah dan Madniyaah) Justeru, peristiwa hijrah ini sangat penting untuk dihayati oleh umat Islam agar maksud sebenar daripada hijrah ini tercapai.


Sunday, December 5, 2010

CINTA LAGI?

Assalamualaikum semua dan Salam 1Cinta ...
[kehkehkeh]

entri kali nie, aq nak share doa.

nie ha doanya


duk surf kat google tadi...tibe2 ternmapk doa nie plak...

doa nie bukan utk yg putus cinta je k... nie doa utk mengatasi kekecewaan yg teruk...
harap2 sahabat2 yg merana atau dalam kekecewaan teruk 2, ley r amalkan doa ini...
InsyaAllah kekecewaan itu dapat diatasi, dan ingatlah bahawa setiap yang berlaku ade hikmahnya.....

tadi untuk orang yg berada dalam kekecewaan [ putus cinta ]
skrang nak share doa untuk pendekat jodoh plak...


ha...
amalkan jugak yang nie...
kalau ase diri kesunyian...
eloknya cari pasangan hidup...
tapi...
aku xanjurkan COUPLE k.....
xelok.....
kui3~~~~

Anyway...
enjoy this stuff.....

wassalam....


Saturday, December 4, 2010

~~TRULY FRIEND~~

Salam semua...
hari ni sungguh dramatis.....
mula2 aku igt nak gurau2 jer...
tapi makin lama makin serius plak...
ahakz~~

TRULY FRIEND

Sape?
Dia la........
Muhamad Nazrin Ahmad Zohari...
ahakz~~

Kenapa?
Dia bdak baru blajar..
ahakz``[ade kena mengena ke?]

xda la..
dia kawan aq yg paling TERBAEK r....
hahaha
Sepanjang duk kt MESTECH.....
Selalu gak la aku share masalah ngan dye...
tapi bukan masalah personal k...
hahahhaa.......

Banyak la gak
buah fikiran dye yg bernas.....

jap2...

mesti korunk fikir lain kn
Aku ngan Yen xdak pape k.......


ahahahahahaaha..........

melalut plak aku nie....
sambung balik sal Yen....

mati2 aku igt putus member tadi....ahakz~~
sib baek sempat msg dia...
wakakakaka
sempat lagi wat lawak kering...
hahahaha


Bdak nie jenis ceria selalu...
dan xlupe gak......
SUSAH NAK TDO MALAM.........
ape punyer jenis penyakit la....

~~ahakz~~


hahahahaha..........

tapi ape pun....
DIA ADALAH SAHABAT TERBAEK AKU.............

JIKA ITU YANG KAU PINTA


Hayatilah dan Fahamilah...

Jika Itu Yang Kau Pinta.

JIKA ITU YANG KAU PINTA
AKU REDHA DENGAN PENDIRIAN MU
AKU LEBIH RELA SEKIRANYA KAU MAHUKAN YANG DIPINTA
TETAPI AKU TIDAK RELA MELIHAT KAU BERADA DI SAF YANG JAHIL

JIKA ITU YANG KAU PINTA
MAKA AKU TURUT MEMAHAMI KAU
NAMUN ADAKAH KAU LUPA
AKAN SEGALA CERITA YANG LAMA

JIKA ITU YANG KAU PINTA
TIADA DAYA AKU UNTUK MENGHALANGNYA
MULAI SAAT INI
KEHIDUPAN MU ADALAH MILIK MU
KEHIDUPAN AKU MILIK AKU
SUSAH SENANG TIDAK LAGI DIKONGSI BERSAMA
BIASAKAN SEGALA MEMORI LAMA TERPADAM......

JIKA ITU YANG KAU PINTA,
BIARKAN AKU SEORANG DIRI
NAMUN SATU SAHAJA YANG AKU PINTA DARI MU

MAAFKANLAH SEGALA KESILAPAN YANG LALU
DAN AKU TURUT MEMAAFI KAU
SEMOGA KAU BERBAHAGIA DENGAN KEHIDUPAN YANG DIGELUMANGI DOSA
JANGAN PULA AKU DIPERSALAHKAN.......

ITU SAHAJA YANG AKU PINTA DARI MU.......

nukilan Ahmad Sabri Muhamad......[ Zamyn tahu sajak nie...hehehe]


Lelaki Cantik VS Perempuan Gagah


Assalamualaikum semua readers....ahakz[ bajet ade yg bace blog nie]

tentu pelik kn....
LELAKI CANTIK?
PEREMPUAN GAGAH?
[tentu korunk ckp aku dah sewel kan....ahakz~~]

Jom kita tgok dimana letaknya kecantikan seorang lelaki.



Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani.

Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia dan menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang sentiasa berbaik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki

Dan dimana pula  kegagahan seorang Wanita?

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada kekuatan perasaan. 


Perempuan yang gagah adalah:-

1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas keteguhan iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:

“Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ”

Firman Allah S.W.T

Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

p/s: so adakah kita lelaki secantik yg dibicarakan...n adakah kamu segagah seperti wanita yg dituturkan........? Tepuk dada Tanya Diri



Syukur dengan diri kita.....
terimalah diri kita seadanya...ahakz~~