VVIP TOS

Tuesday, November 1, 2011

MPI#2 Indahnya ISLAM Part 1

Assalamualaikum w.b.t & Salam Isyak semua(errr, padahal dh berapa jam sudah Isyak....he3)...
Sudah solat belum ni? yang belum solat tu, cepat2 kita tunaikan solat kerana solat itu lebih penting dari anda terus tercenggang duduk membaca blog ini.he2...Bukan menghalau tapi memesan itu lebih baik...
Tapi sebelum itu, sukanya aku nak umumkan, aku dah dapat nama lagu nasyid yang aku post kat entri sebelum ni, pada mereka yang belum baca entri sebelum ini, boleh klik disini MPI#1 . Tajuk lagu nasyid tu Law Kana Bainana .

Baiklah, MPI kali ini nak berkongsi sedikit ilmu mengenai ISLAM.
ISLAM itu sebenarnya indah bukan?
ISLAM itu sebenarnya cantik bukan?
Namun,masih ramai diantara generasi sekarang termasuklah aku masih tercari-cari apa tujuan hidup. Astagfirullah al azim, sampai macam itu sekali. Oleh itu apa kita sama-sama menimba ilmu untuk memperkukuhkan tujuan hidup kita dan Aqidah kita...InsyaAllah dipermudahkan olehNya....

"........Pada hari ini telah Ku sempurnakan agama untuk kamu dan telah Ku cukupkan kepada kamu akan nikmatKu dan telah Ku redhai Islam agama bagi kamu..."  
Surah Al-Maidah [ Ayat ke-3 ]
 Apakah itu ISLAM?

Islam adalah agama yang berlandaskan penyerahan jiwa dan raga kepada Allah S.W.T . ISLAM suatu perkataan yang awalannya dari kosa kata SALAM bererti kedamaian dan keselamatan. Ini bererti, ISLAM adalah suatu agama yang jika dianuti dan mengamalkan asas-asas Islam, maka akan mendapat keselamatan dan perlindungan dari Allah S.W.T di dunia dan di akhirat kelak. Asas Islam mudah sahaja, menuruti perintah Allah S.W.T dan meninggalkan segala laranganNya.

Apakah Perintah Allah S.W.T dan LaranganNya?

Kemuncak ketaqwaan seseorang Muslim kepada Allah S.W.T adalah apabila jiwanya pasrah, cinta, tunduk dan mengagungkan Allah S.W.T. Jika seseorang itu melafazkan kalimah syahadat LAILAHAILLALLAH namun jiwanya masih belum pasrah akan ketentuanNya, cintanya hanya perlu, masih belum tunduk kepada perintah Allah maka ia masih perlu membimbingi dirinya agar menemui kemanisan iman dalam kehidupannya.

Metaati perintah Allah dan mematuhi laranganNya merupakan sebahagian ketaqwaan kepadaNya. Allah S.W.T berfirman :-
Itulah yang wajib dipatuhi dan sesiapa yang menghormati hukum-hukum Allah, maka yang demikian menjadi kebaikan baginya di sisi Tuhannya. Dan dihalalkan bagi kamu binatang-binatang ternak, kecuali yang dibacakan kepada kamu (tentang haramnya), maka jauhilah kekotoran syirik yang disebabkan oleh penyembahan berhala, serta jauhilah perkataan yang dusta. 
Surah Al -Hajj [Ayat ke-30] 
Maka, disini diharap sedikit sebanyak dapat memberi gambaran tentang keindahan ISLAM yang tersendiri. Keindahan ISLAM yang berupakan perintah-perintahNya serta laranganNya.


KEUTAMAAN ISLAM DAN KEINDAHANNYA

A. KEINDAHAN ISLAM YANG BERUPA PERINTAH-PERINTAH

1.      Islam memerintahkan kita agar bertauhid secara murni (beribadah hanya kepada Allah Azza wa Jalla saja, tidak kepada yang selain-Nya), ber‘aqidah yang benar sesuai dengan pemahaman para Sahabat kerana yang demikian itu dapat membawa kepada ketenteraman hati. ‘Aqidah yang dipupuk Islam dapat menjadikan mulia, menampakkan harga diri dan memberikan kemanisan iman.

2.      Islam memerintahkan kita agar berbakti kepada kedua ibubapa, menghubungkan silaturrahim dan menghormati tetangga.

3.      Islam mengajarkan agar berbuat dan berupaya untuk memenuhi dan membantu keperluan kaum Muslimin dan meringankan beban kesengsaraan mereka

4.      Islam menganjurkan terlebih dahulu memberi ucapan salam kepada setiap muslim yang kita jumpai dan menolong kaum Muslimin.

5.      Islam menganjurkan agar menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menziarahi pusara, dan mendo’akan kesejahteraan sesama kaum Muslimin
 Rasulullah S.A.W bersabda:
“Ertinya : Hak seorang muslim atas muslim lainnya ada enam.” (Para Sahabat bertanya), “Apa saja wahai Rasulullah?” Baginda bersabda, “(1) Apabila engkau berjumpa dengannya, maka ucapkanlah salam, (2) bila ia mengundangmu, maka penuhilah undangannya, (3) bila ia meminta nasihat, maka nasihatilah, (4) bila ia bersin lalu mengucapkan tahmid (alhamdulillaah), maka do’akanlah (dengan ucapan: ‘Yarhamukallaah’), (5) bila ia sakit, maka jenguklah, dan (6) bila ia wafat, maka hantarkanlah jenazahnya (ke pemakaman )
6.      Islam menyuruh agar berlaku adil kepada orang lain dan mencintai apa yang dicintai mereka sebagaimana kita mencintai diri sendiri
 Ertinya : …Berlaku adillah, karena (adil itu) lebih dekat kepada takwa….” [Al-Maa-idah: 8].

7.      Islam menyuruh umatnya berikhtiar untuk mencari rezeki, menjaga kehormatan diri dan berusaha memperbaiki martabat diri dari posisi yang hina dan lemah.  Dalam mencari rezeki, seseorang itu hendaknya berikhtiar terlebih dahulu, baru kemudian bertawakal (menggantungkan harapan) hanya kepada Allah Azza wa Jalla, sebagaimana yang diperintahkan Rasulullah SAW:
“Ertinya : Seandainya kalian bertawakal kepada Allah dengan sungguh-sungguh, maka sungguh kalian akan dikurniakan rezeki oleh Allah sebagaimana Dia memberikannya kepada burung. Pagi hari ia keluar dalam keadaan kosong perutnya, kemudian pulang di petang hari dalam keadaan kenyang.
8.      Islam menuntut umat agar berlaku amanah (dipercaya), menepati janji, berbaik sangka (husnuzon), tidak tergesa-gesa dalam segala perkara dan berlumba-lumba dalam melakukan kebajikan.

p/s : baca sambungan Part 2 Indahnya Islam

No comments: