VVIP TOS

Thursday, January 5, 2012

Ini Siyes : Faham Atau Tidak ?

Assalamualaikum & Salam Bloggers

Syukur kehadrat Allah s.w.t masih lagi mmberi ruang dan masa kepada batang tubuh ini untuk menulis sesuatu yang bisa menjadi tatapan dan panduan buat semua...[chewah! skema gile ayat aku].....masih tidak terupdate blog ini kan...yela sibuk....bukan sibuk ngan alam perkuliahan tapi sibuk tidur jer..hehehe.....aku rasa body clock aku nie dah ikut barat kowt...hehehe....malam orang tdo aku berjaga, siang orang berjaga aku tdor...kih3~~~

btw, thank la pada siapa yang masih sudi menjengah masuk blog nie.....even blog nie bukan hebat sangat pun macam bloggers yang dah pangkat otai....tapi terharu gak pun, ade jugak yg sudi mencoretkan sedikit kata-kata or perkataan di chatbox aku even sekadar promote iklan..hehehehe.....bgus tue, perniagaan xkira masa dan tempat kan.........

melalut kan aku? itu la, dah lama xupdate blog ini la jadinye...kih3...tajuk entri kali nie ape ek? FAHAM atau TIDAK? hurmmm.......apa pulak yang aku nak buat ngan tajuk nie kan? cikgu aku la nie, bagi tajuk susah2, kan dah payah aku nak mengolahnya menjadi suatu karangan......huhuhu.....aku buat karangan kat sini pasal tajuk nie pun ok......cikgu cakap, karangan berbentuk BEBAS...chewahhh cam maharajalawak plak ade tema2.....kih3~~~~ha, sebelum terlupa tahniah untuk OSBON...hehehe...lawak gigi menjadi2...kih3~~terbaek....

tengok dah start melalut aku nie...kih3~~

oke la, apa yang FAHAM apa yang TIDAK faham?hurmmm....bagi aku la, tajuk nie sungguh luas kalau nak wat citer dongeng...kih3~ tapi aku lebih prefer buat cerita berdasarkan unsur-unsur kemanusiaan sikit..kih3~~

Faham atau Tidak?

Isu : Menutup Aurat itu adalah WAJIB.

- menutup aurat adalah wajib dan bukannya satu pilihan bagi seseorang yang beragama ISLAM. Perintah menutup aurat ini adalah bersifat keseluruhan dimana tidak membezakan gender, mean lelaki atau perempuan tertakluk kepada perintah ini. oppsss, ini bukan perintah mahkamah atau perlembagaan k...ini perintah Allah S.WT...Sudah ramai yang faham mengenai perintah ini, tapi still masih ada anak-anak muda bahkan yang sudah berusia masih tidak mempamerkan sikap menuntut aurat yang betul..okay, mula-mula aku perincikan mengenai aurat bagi kaum wanita dulu.....

Kekeliruan dalam menutup aurat oleh kaum wanita. perkara ini sudah banyak kali ditegaskan malah diceramahkan dalam byk slot-slot keagamaan mahupun di sekolah..mereka semua ini FAHAM akan tuntutan menutup aurat tapi TIDAK faham sepenuhnya mengenai cara-cara tutup aurat yang betul.....

kesalahan yang kita boleh nmpak kat kaum wanita bila

Aurat itu cukup sekadar memakai tudung, namun berpakaian T-Shirt berlengan pendek.
Aurat itu cukup memakai tudung , namun pakaiannya terbelah sana dan sini
Aurat itu cukup memakai tudung namun berpakaian sendat dan ketat sehingga menampakkan tubuh badan
Aurat itu cukup memakai tudung namun menampakkan sanggul dikepala
Aurat itu cukup memakai tudung namun mendedahkan bahagian dada kepada umum.

rasanya ini adalah kesalahan biasa yang kita boleh nampak dalam kehidupan seharian ini, namun begitu ini baru yang bertudung, yang xbertudung tak masuk kira lagi...yang paling bestnya, bila yang tidak bertudung ditegur sahabat,

" eh, eloknya ko menutup rmbut [aurat].......tu suruhan Allah......"
" ala, xsampai seru lagi.....nanti dh smpai seru baru aku pakai...."

ha, ini realiti sekarang ini, bukannya rekaan cerita..yang paling melucukan apabila ayat "x smpai seru lagi" menjadi alasan untuk seseorang itu lari dari pokok permasalahan mereka..bukankah teguran dari seorang sahabat itu dikira seru? atau mahukan seruan alam barzakh baru mahu berubah.....minta2 jauh la kawan2.....

rasanya cukup mengenai diskusi aurat wanita k....yup memang kalau nak bincang pasal aurat wanita ni memerlukan masa yang panjang dan penjelasan yang cukup jitu....namun aku singkatkan kerana mereka-mereka yang sepatutnya tahu menda nie seharusnya FAHAM dengan sedalamnya mungkin.

baiklah, pasal kaum lelaki pula, kekadang itu orang lelaki ni paling ringkas dan ringan dalam bab-bab menutup aurat.. lazimnya golongan lelaki inilah yang selalu menegur or memperlikan kaum wanita dalam bab-bab aurat, namun mereka tidak sedar dalam diam atau tidak, mereka juga melakukan perkara yang sama. Tidak kiralah benda itu kecil atau besar, namun itulah kita, benda kecil diluar sana kita boleh nampak, tapi benda yang dekat ngan kita kita buat dono jer....samalah dengan diri ini jugak, kekadang tue melakukan kesalahan yang sama.....tapi nasib baiklah ada rakan menegurnya. bagus betul ada sahabat macam tu kan....menegur untuk kebaikan....

oke bila dah FAHAM mengenai aurat, maka haruslah diselitkan dengan akhlak yang mulia, yela xkan bertudung tapi budi bicara mengalahkan orang yang tidak bertudung... kita kenalah mengawasi setiap gerak geri kita, dari aspek percakapan, perbuatan, mahupun aspek pergaulan kita..

maka, disinilah aku boleh menulis pasal FAHAM atau TIDAK? harap2 cikgu2 dapat terimanya k....


p/s: selitkan juga komen2 anda....


1 comment:

Unknown said...

pakai jubah senang