Sudah 65 tahun GPMS berdiri kukuh sebagai sebuah NGO neutral dalam memperjuangkan nasib pendidikan anak bangsa Melayu walaupun sering disalahertikan sebagai alat boneka politik. GPMS yang tertubuh hasil kesedaran oleh para pengasas-pengasasnya dahulu akan kemunduran serta kedaifan ekonomi serta pendidikan orang Melayu pada zaman sebelum merdeka. Tertubuhnya GPMS yang kini membawa obor perjuangan bangsa akan terus utuh dalam menyinari masa depan anak bangsa agar setanding dengan bangsa lain .
Berteraskan dengan Prinsip 4 SEDAR yang menjadi 'rukun' perjuangan selama ini
- SEDAR atas perlunya disatukan pelajar Melayu di seluruh semenanjung Tanah Melayu.
- SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
- SEDAR atas kewajipan kami meninggikan darjat pengetahuan bangsa.
- SEDAR bahawa maju mundur ,kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami.
Diharapkan GPMS terus unggul dan menjadi satu organisasi yang mantap serta efektif sebagai suara pembela anak Melayu.
Selamat ulangtahun Penubuhan ke-65 Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung.
Ahmad Sabri Muhamad
YdP GPMS / Koordinator
UniKL Mestech
.png)

No comments:
Post a Comment