Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera
Syukur ke hadrat Illahi kerna limpah kurniaNya serta rahmat , masih diberi kekuatan bagi menulis sesuatu di blog yang semakin bersawang ini.
28 Ogos 2014, maka genaplah 24 tahun aku berada di dunia ini. 24 tahun jugalah aku bernafas dan bergelumang dengan pelbagai ragam manusia. Usia tidak mencerminkan kematangan seseorang malah peningkatan usia tidak bermaksud peningkatan bagi penghormatan. Manusia sama sahaja, tiada yang beza kecuali ketaqwaan sahaja dilihat dan dinilai oleh Allah.
Terima kasih kepada semua yang ucap selamat hari lahir pada aku tak kurang juga yang mendoakan aku. Sejujurnya aku terharu dengan kalian. Semakin meningkat usia, semakin hampirlah kita ke satu dimensi kehidupan yang baru malah makin dekat denganNya.
Terima kasih kepada mak , Pn Aminah bt Abdul Hamid yang selama ini sabar melayan karenah anakmu ini. Tabah serta cekal melihat anakmu ini dalam proses menggapai matlamat hidup.. Sayang Mak!!!!!
Terima kasih juga pada adik beradik yang awesome!! sebab menceriakan kehidupan ini. Gelak tawa, gaduh kelahi itu biasalah adat berkeluarga, tapi itulah yang mengeratkan kita semua.
Syukur pada Allah kerana menghadirkan 2 orang adik yang tidak pernah aku miliki, Pidot dan Oya. Dalam diri mereka, aku melihat diri ku. Terima kasih pada Oya sebab rancang prank birthday abg, terharu gile2... Terima kasih juga pada Pidot, sebab bagi hadiah paling berharga semalam... Thanks pada kamu berdua adik....
Eh, tetibe jadi panjang pulak aku menulis...ok la cukup setakat ni... nanti aku update banyak2 dalam blog ni....layan lagu utk Mak!!!!
wassalam
3 comments:
Selamat hari lahir wie.. semoga panjang umur dan murah rezeki.. (^_^)Y
thanks wawa.....aminnn
Uikk senior! Happy belated birthday! Moga panjang umo, murah rezeki, sukses selalu dan cepat jodohnya.
P/s : mintak maap lerr junior lambat wish. Bz bebeno belakangan nih.
Post a Comment