VVIP TOS

Tuesday, September 14, 2010

3 Langkah 7 Cara Tingkatkan Kualiti Attitude Diri Kita



Assalamualaikum & Salam Hari Lebaran Aidilfitri Buat Semua
Entri kali ini, ku nak share something yg boleh dijadikan panduan buat semua..

3 Langkah & 7 Cara bagi meningkatkan kualiti attitude diri kita sendiri.

Sedia maklum bahawa semua antara kita sedar akan banyak benda yang terjadi adalah tidak mengikut kehendak dan apa yang kita rancang, dan kadangkala perkara yang teruk yang berlaku menyebabkan kita patah semangat dan hilang keyakinan diri, dan sememangnya sungguh ia cukup membebankan untuk kita terus kekal bersikap positif dengan semua dugaan dan cabaran yang kita tempuhi setiap saat. Jadi aku ada beberapa tips yang mungkin dapat membantu kita semua mempertingkatkan attitude & menjadikan kita seorang yang lebih positif dalam menghadapi kehidupan yang semakin mencabar ini.
Ini adalah LANGKAH 1 dan yang paling penting yang harus kita lakukan sebelum kita teruskan kepada langkah2 yang selanjutnya, Fasa ini bertujuan untuk meeutralkan dan memprogramkan kembali mindset kita, dan meringankan sedikit tekanan yang kita hadapi.
1. Wujudkan sifat berTERIMA KASIH, rasa SYUKUR dan sikap MENGHARGAI
• Senarai perkara yang korunk rasa korunk amat bersyukur atau hargai kerana telah terjadi pada korunk. Walhal begitu, ia akan menjadi sesuatu taskforce yang amat sukar sekiranya korunk telah rantai oleh tekanan dan sifat negatif dalam tempoh masa yang lama, tetapi sedarlah bahawa sebenarnya sentiasa ada perkara yang sepatutnya anda bersyukur, walaupun sekadar makanan untuk korunk makan, udara untuk bernafas, anggota badan yang masih berfungsi dan sebagainya. Untuk keputusan yang berkekalan, tanamkan tekad dalam diri korunk untuk menyenaraikan sekurang kurangnya satu perkara yang amat hargai setiap hari, Dengan cara ini korunk akan dapat mengurangkan sifat negatif dan korunk akan dapat mengurangkan tahap tekanan yang korunk alami, dan ianya dapat menyedarkan korunk bahawa masih banyak perkara baik yang masih berlaku pada diri korunk.[ p/s : jangan plak korunk riak ngan apa yg korunk ade…xpasal2 nanti Allah tarik balik nikmat rezeki tu…… ]

2. Semua yang terjadi ada sebabnya
•SEMUANYA, Ya aku maksudkan semua yang terjadi pada kita ada sebabnya. Jika korunk mula menilai setiap situasi yang menekan dan mendesak korunk dan cuba jadikan ianya sebagai satu cabaran kearah kebaikan dan bukannya tekanan dan sesuatu yang merugikan korunk,Tahniah aku ucapkan kerana korunk sebenarnya sudah mula mengubah sikap korunk, contohnya jika korunk telah terjebak dalam traffic-jam maybe ini sudah ditakdirkan supaya korunk tidak akan terlibat dalam kemalangan yang mungkin akan terjadi keatas diri korunk jika tidak dihalang oleh kesesakan lalulintas itu, atau jika korunk diberhentikan kerja angaplah ia sebenarnya permulaan bagi korunk untuk mendapat kerja yang lebih baik, Sebenarnya semua perkara boleh di lihat dalam dua persepsi yang berbeza iaitu negatif dan positif, jadi latihlah diri kita untuk menilai sesuatu dalam persepsi yang positif kerana ianya akan membantu untuk mengubah sikap kita sendiri.[p/s: percaya la akan ada yg terbaek utk kita selepas apa yg terjadi………J

LANGKAH 2 ini bertujuan untuk mengurangkan tekanan (lebih kepada sains) fasa ini lebih senang untuk dilakukan jika kita sudah berjaya di fasa yang pertama, (kalau kepala dah serabut, perasaan tak tenang macam mana nak gelak bila ada orang buat lawak, kang tak pepasal PELAWAK tu jadi PESAKIT. Nak bersenam jauh sama sekali )

3. Lawak Jenaka
•Lawak jenaka ni lebih kurang macam senaman, ia juga dapat merangsang tubuh untuk merembeskan bahan kimia [ hormone ] pada otak yang boleh mengurangkan tekanan dan secara tak langsung dapat mengalihkan focus kita kepada benda lain dari sikap negatif kita. Bahkan menurut kajian ketawa adalah terapi yang baik untuk tekanan. [ p/s: nk ketawa pun kena tgok timing gak….kang xpasai2 dapat anugerah GILA…ahakz~~ bler tulis lawak jenaka nie, teringat plak eden pado teman eden…Yen oh Yen…….kah3~~]


4. Senaman
•Aku tau perkara ini memang menakutkan tetapi jujur aku katakan ini merupakan asas utama yang boleh memberikan kesan serta merta, kerana senaman boleh menghasilkan bahan kimia dalam otak kita yang dapat membantu melegakan tekanan , walaupun sekadar menari bila mendengar lagu kesukaan kita.[p/s: menari GUMMY BEARS pun ley release tension kn???..hahahaa]

LANGKAH 3 adalah langkah yang akan melatih dan membentuk sikap dan keperibadian kita, Fasa ini juga juga akan mengubah sikap negatif yang dah lama sebati dalam diri kita. Fasa Mungkin akan menjadi sia-sia jika ada antara kita gagal dalam 2 langkah yang sebelumnya.

 5. Lihat , baca atau dengar dari mereka yang anda kagumi ( Pembakar Semangat )
•Tengok dengar atau baca dari mana mereka bermula, apa yang mereka lalui, tekanan yang mereka hadapi dan kesukaran yang mereka tempuhi sehingga mereka dikagumi, ini dapat menyedarkan kita bahawa apa yang kita hadapi sekarang tidaklah seteruk mereka, dan semestinya kita juga mampu capai apa yang telah mereka capai atau mungkin lebih baik dari mereka.[p/s: Pembakar Semangat aku adalah Keluarga aku sendiri..yg memarakkan lagi semangat adalah Sahabat2 aku…….. J]

 6. RAKS – Random Acts of Kindness. (buat kebaikan tanpa memilih orang)
•Cuba luangkan sedikit masa dari dunia sikap negatiff kita yang menyeramkan itu untuk berbuat baik pada seseorang, kerana ini terbukti dapat memperbaiki sikap kita dengan serta merta, tidak semestinya anda menderma ribuan ringgit atau membina rumah anak yatim, tetapi cukup sekadar dimulakan dengan ucapan terima kasih kepada posmen yang menghantar surat saman trafik anda, senyum kepada orang yang korunk tak kenal selepas dia terlangar korunk dan mintak maaf kepadanya walaupun dia yang langar korunk, atau berikan pujian kepada orang yang korunk sayang, dan kalau mampu cuba belanja minum orang yang korunk tak kenali.[p/s: urmmmmm ley plak aku terfikir kn.....ahakz~~~]

7. Raikan Kejayaan anda
• Fikirkan semua perkara yang telah berjaya korunk lakukan sepanjang hidup korunk, cara ini hampir sama dengan bersyukur , Sebagai permulaan korunk boleh lakukan dengan cara yang sederhana, Tetapi harus ingat jangan ada " TAPI ",( boleh tapi, berjaya tapi. ) dalam diri anda, dan kalau korunk mampu cuba raikan kejayaan korunk dengan cara yang paling meriah, lakukan apa saja yang korunk suka bagi meraikan kejayaan itu, bergembiralah degan sepenuh hati, (jangan plak sampai melampaui batas agama dan moral dah).Kejayaan hadir dalam berbagai bentuk dan rupa, contohnya, berjaya menamatkan pelajaran, berjaya membeli rumah dengan bayaran CASH, berjaya memiliki isteri yang korunk memang inginkan ( berjaya memiliki 4 orunk isteri pun okay..gagaga], berjaya melakukan senaman, dapat makan makanan kesukaan korunk, dan macam macam lagi (tak kira la sekecil mana pun).



Sekian terima kasih......enjoy yur reading.........wakakakakakaa.............

No comments: