baru je update entry baru...skunk update lagi.....har har har.... ni la padahnya bile sign in Blogger....memang byklah aku nak karang....kih3~~.....
Kasih Ayah Restu Ibu
Entri kali ini more on kekeluargaan sikit.... tp xkisah la kn, janji kita dapat sikit intipati penceritaan dibawah nanti..
Dalam saat kita mendewasakan minda serta mematangkan fikiran , sudah tentu kita akan merasakan bahawa kita sudah mengecapi nikmat kehidupan.. sedangkan ianya adalah ilusi mainan kehidupan duniawi yang harus disusuri dengan penuh waspada......
Dalam saat kita mengecapi kejayaan demi kejayaan , pelbagai sorotan anugerah dirangkul dan penghormatan , sudah tentu kita merasakan bahawa diri kita cukup dihargai namun ianya hanyalah bersifat temporari serta tidak kekal..
Namun apa jua yang kita lakukan... usaha yang kita bajai dengan semangat kental , seharusnya kita menghargai jasa serta pengorbanan kedua ibubapa kita xkira sama ada mereka masih hidup mahupun telah menemui Illahi.
Kejayaan seseorang sedikit banyak dipandu oleh sokongan dari Ibu dan Ayah..
Kasih seorang Ayah , sememang bukan mudah seorang ayah untuk menzahirkan rasa sayangnya kepada anakpanak mereka.. Agak kekok bagi mereka untuk menzahirkan perasaan itu.. tanpa kita sedari , jelingan mahupun kata 'marah' beliau lah yang memberi kesan kepada kita.. Marah beliau bukanlah bererti kebencian mahupun rasa tidak sayang kepada anak-anaknya.. Tapi ketahuilah itulah sifat seorang bapa... sukar untuk melahirkan rasa sayang secara terbuka......
Kasih seorang Ayah , sanggup memerah keringat untuk mencari sedikit nafkah serta wang bagi menampung perbelanjaan keluarga.. sanggup bergadai tanah pusaka untuk melihat anaknya berjaya dalam pelajaran. Sanggup menyembunyi rasa sakit serta demam dalam mencari wang untuk melihat anak-anaknya mendapat makanan secukupnya walaupun tidak seberapa.... itulah kasih seorang Ayah.. Kasih Ayah yang tidak mampu kita balas walaupun kita bakal bergelar seorang bapa....
Begitu jualah dengan Restu Ibu , dalam setiap perkara yang kita lakukan, restu ibu boleh dikatakan paling penting . Dengan restu ibulah membuat kita lebih bersemangat dalam menuntut ilmu.... dengan restunya jugalah menjadikan kita lebih gigih dalam menjayakan hasratnya untuk melihat kita berjaya di suatu masa nanti. Apalah guna kita hidup tanpa restu ibu.. restu ibu hendaklah dicari semasa hidup , jika dia sudah tiada , maka hilang satu keberkatan hidup kita. kerana restu ibu adalah keberkatan.....
Kasih Ayah Restu Ibu seharusnya menjadi pedoman buat kita untuk terus mengukir kejayaan. Jangan kita lupa akan kedua-duanya.... kerana merekalah hadiah paling berharga buat kita, serta kita sebagai anak mereka adalah kurniaanNya kepada mereka....
Maka, bersama-samalah kita menjadi ANAK HARAPAN kepada kedua ibubapa kita....
Biarlah mereka mengalirkan airmata itu akan kejayaan kita, bukannya atas kesalahan kita...
Biarlah berbaloi pengorbanan mereka melihat kita berjaya bukannya sia-sia melihat kita menjadi 'manusia' hanyut dalam lembah kemaksiatan.
beruntunglah kepada mereka yang masih mempunyai kedua ibubapa mereka.....
Saya Amat Menyayangi Mereka Berdua....

No comments:
Post a Comment