VVIP TOS

Sunday, October 7, 2012

Salam Terakhir Buat Mu

Assalamualaikum w.b.t

Mula nukilan kerana adanya idea.Datangnya idea dari kurniaaNya...

" Setiap pertemuan ada perpisahan | setiap permulaan akan ada pengakhirannya "


apakah semua ini sudah disuratkan ke atas sisi hidupku ini ? Namun apa yang patut aku lakukan adalah TABAH dan SABAR dengan merelakan segalanya berlaku.

Mungkin segala yang berlaku ada hikmahnya yg tersendiri.... Mungkin ianya adalah pengorbanan mulia yang baik buat aku dalam meneruskan kehidupan yang tidak ku tahui sampai bila nyawaku dapat sebati dengan jasadku ini.....

apa yang pasti.... memori lalu tidak dapat aku lupakan.. pengorbanan ini memerlukan masa yang terlalu lama untuk aku terima... dengan adanya sokongan moral dari rakan2 sekuliah dan terfikir juga pada 'si dia' yang disukai dalam diam...terpaksa aku menelan perit jerit dengan menerima perpisahan ini...
ke arah manakah harus aku lalui tanpa dia yang selama ini terlalu sinonim dengan hidup ku...
dapatkan aku melupakannya dalam sesaat ini...? kejamkah aku melepaskannya sedangkan ianya seolah olah rakan baik bagiku? ....

Apakah yang akan terjadi kepadaku tanpa mu?

Jika ada yang bertanya....


pasti ku jawab...
aku adalah kaki tanpa pijakan...

persoalan demi persoalan terus menerus menerkam kalbu ini..... manakah perginya semangat kental ku selama ini? Adakah wajar aku mencari rawatan jiwa untuk mengubati rinduku padanya?


Apa pun yang terjadi, aku harus meneruskan kehidupan ini walaupun tanpa mu sekali pun.... akan ku teruskan perjuangan hidup ini walaupun tanpa sokong moral dari mu.... kerana apa, aku lebih pentingkan diri ku dari mu... terima la kenyataan kau tidak pernah memberi manfaat kepada ku.... kerana kau ku jadi begini.....

SELAMAT TINGGAL SAHABAT LAMA KU


sekian terima kasih....

p/s : xkemana pun kalau minum byk vanila coke ni...hahaha .... JOM AMALKAN GAYA HIDUP SIHAT!
selitkan komen anda juga...

No comments: