VVIP TOS

Tuesday, January 7, 2014

You + Me = Friendship !

Assalamualaikum w.b.t

Sudah lama tidak ku update blog kesayangan ini... bersarang gila2 dah blog ni. Entri kali ini boleh dikatakan entri pertama buat tahun 2014. kesibukan mengejar hal dunia membuatkan aku terleka untuk menulis sedikit sisipan hal-hal keduniaan masa kini.

entri kali ini, aku mendapat idea serta cetusan dari pengalaman diri sendiri dan rakan-rakan yang lain.

Sahabat adalah orang yang tahu apa yang dia miliki ketika bersama kamu, bukan dia yang menyedari siapa dirimu setelah dia kehilanganmu.
Sengaja aku memilih tajuk ini sebagai pembukaan bicara blog aku untuk tahun 2014 ini. Kerana SAHABAT tidak pernah luput dalam ingatan kita semua kan. Semestinya setiap insan mempunyai sahabat atau teman masing-masing. Mungkin ada di kalangan kita telah bersahabat lebih dari 10 tahun , barangkali mungkin baru semalam berkenalan.

Perkataan SAHABAT itu cukup besar bagi insan yang benar-benar memahami ertinya. Kita selalunya mendambakan sahabat yang setia serta sejati. Apakah kita sudah cukup sempurna untuk menjadi sahabat yang setia dan sejati?? Persoalan itu wajar dijawab oleh diri masing-masing.

Mengapa di antara kita cukup selektif dalam memilih sahabat?
Mengapa di antara kita mendambakan sahabat yang setia dan sejati?
Mengapa di antara kita seringkali dikecewakan oleh sahabat kita?
Mengapa kita seringkali ditikam belakang oleh sahabat kita sendiri?

Persoalan-persoalan di atas sering berlegar-legar diruang litup pemikiran sempit aku ini. Namun, aku bisa menemui jawapannya di saat aku jatuh atau bangun, dapat ku lihat siapa sahabat yang benar-benar setia bersama ku.

Benar , tidak mudah untuk kita mengukur nilai persahabatan dek kerana hati manusia seringkali dan acapkali mudah berubah. tiada konsistensi dalam prinsip.Hari ini mungkin kita bersahabat atas persamaan pendapat, keserasian dalam tingkah laku serta berkongsi minat yang sama, namun pabila sudah lama berkenalan, barulah muncul satu persatu kecacatan dalam ikatan persahabatan itu.

Dapatkah kita mengagak teman yang sudah lama kita kenali tiba-tiba berubah, mengkhianati kita serta menikam kita dari belakang tanpa kita sedari? Moga-moga kita tidak tergolong dalam kalangan sahabat sebegini.

Disini aku nak kongsikan beberapa nilai-nilai dalam persahabatan yang boeh kita renungkan bersama dan hayati dalam kita memperkukuhkan ikatan persahabatan kita selama ini.


  • Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti kita supaya mempunyai persamaan, tapi jangan mengetepikan orang yang langsung tidak mempunyai persamaan dengan kita, bersikap terbuka adalah yang terbaik untuk diri kita. 
  • Sentiasa berlaku/berbuat baik terhadap orang lain sebagaimana diri kita suka diperlakukan. Sekiranya kita menghormati orang lain, orang lain akan menghormati kita juga.
  • Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
  • Hargailah serta hormati pendapat satu sama lain
  • Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama 24 jam. Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan kita mempunyai minat-minat yang lain juga.
  • Komunikasi sangat penting, kawan kita tidak boleh membaca fikiran anda. Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda beritahulah.. ( pastikan menggunakan bahasa yang menyenangkan bukannya dengan emosi yang semberono )
  • Ikhlas dalam Persahabatan tanpa ada niat lain atau mengharapkan balasan.
  • Jangan biarkan faktor luaran seperti stress kerana ianya akan menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda berkongsi serta meluahkan perasaan kepada mereka, tetapi jangan mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia mendengar luahan perasan mereka pula. Belajar daripada satu sama lain.
  • Jangan mengata dibelakang kawan kita.
  • Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana dengan kata-kata itu manusia akan terpengaruh
Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan bagi menghindari dari perselisihan faham yang teruk , atas semangat setiakawan maka dia akan memberanikan dirinya untuk menegur apa adanya demi persahabatan itu
Moga diharapkan dengan penulisan entri ini, kita dapat memulakan kisah yang baru dengan sahabat kita. Jangan dilupakan mendoakan kebahagiaan serta kejayaan rakan-rakan kita yang lain.

Moga tahun 2014 ini menjadi tahun kita berbuat baik dengan rakan-rakan yang lain. kalau ada masa lagi, aku taip banyak2 kat blog ni..hehehe....

p/s: Syukur Alhamdulillah, dengar perkhabaran positif dari adik-adik di UMK... selamat maju jaya dalam peperiksaan akhir semester ni k.... caiyok2....

No comments: