VVIP TOS

Tuesday, January 7, 2014

SOAL KERJAYA

Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera..

entri kali ni aku nak bincangkan pasal dilema kerjaya.. biasanya penyakit nie datang khas untuk mereka-mereka yang baru graduasi dari pelajaran mereka masing-masing kan. sama la ngan aku pun... kini mula muncul bibit-bibit kebingungan dalam memilih profesion kerjaya.


Dulu masa sekolah rendah, cikgu mesti tanya apa cita-cita kamu?

Cikgu : Sabri apa cita-cita kamu nanti besar?
Aku   : Saya nak jadi Cikgu...
Cikgu : Kenapa nak jadi cikgu?
Aku   : ntah la..... hehehe...

itu masa sekolah rendah, bila masuk sekolah menengah lain plak cita-cita.. ada yang nak jadi jurutera la, pensyarah la, doktor la... boleh kata semua cita-cita nak yang ada kelas tersendiri. xpernah aku dengar ada yang nak jadi buruh ke, kuli ke.

Back to our topic, pernah x lepas abes belajar , korang terfikir nak rehat jap kat rumah.. duk lepak2, menganggur sebulan dua ke... alasannya penat study 4tahun...hahaha. semalam bersembang ngan mak aku, aku cakap macam nie la.. nak rehat sebulan dua, rehatkan minda...kih3~~ skali amik kaw, kena sembur ngan mak aku...hahaha....

Ok, kenapa kita seringkali bingung dalam memilih kerjaya? Apakah faktor yang mendorong kita memilih kerjaya? semua persoalan ni sering datang menghantui kita bukan?

Ada sesetengah dari kita, memilih kerjaya atas beberapa faktor, antaranya ialah:-

1. Pilihan Keluarga


Bab pilihan keluarga nie memang leceh kan? dah macam kes kahwin dengan pilihan keluarga..hehehe.. ada sesetengah parent sudah menetapkan hala tuju anak-anak mereka, sebagai contoh ; mak cakap Adam mesti jadi doktor bila besar. Dek kerana aturan itu, hidup Adam seakan-akan dikawal oleh parent 100%.. bermula dari kecil lagi, Adam telah diasuh minda supaya bersikap seperti seorang doktor. Sudah tentulah untuk mencapai matlamat keluarga ni, Adam mesti ikut flow pendidikan yang parent dia aturkan... seakan-akan tiada kebebasan bagi Adam.. nak buat camne, parent selalu mahukan yang terbaik untuk anak-anak mereka.

2. Minat

Ada juga di antara kita memilih kerjaya atas dasar minat. Ada yang minat dalam bidang fotografi, bidang kewartawanan, bidang nyanyian... namun pilihan atas dasar minat ni kadang-kadang tidak bertahan lama. Sebab minat boleh bertambah dan berkurang bukan. macam aku, aku minat dalam bidang kaunseling, tapi lama-lama kita akan rasa bosan dengan minat kita itu. 

3. Bidang Pengkhususan Pengajian

Ini semestinya, masa belajar degree dulu amik kos engineering, mestilah aku nak keje as engineer kan? ayat nie selalu terpacul dari rata-rata kawan-kawan yang baru graduate. Alasan diorang, apa guna belajar susah-susah dulu, tapi keje lain. Tak baik cakap camtu, rezeki ada dimana-mana aja kn...

Apa-apapun keputusan kita dalam memilih kerjaya, seeloknya kita berbincang dengan keluarga terlebih dahulu. Dapatkan pandangan mereka serta hormati mereka seadanya. Berbincanglah agar dapat memilih profesion kerjaya dengan bijak......

p/s: padahal aku pun kompius nak pilih kerjaya....hehehe.

No comments: