VVIP TOS

Monday, April 7, 2014

Hikmah Sakit

Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera....

Sudah berbulan lama tidak ku kunjungi lama blog ini, rindunya aku untuk menaip dan berkongsi khazanah ilmu yang luas ini. Seakan masa membatasi diri ini untuk bermanja-manja dengan blog ini. Tidak terusik aku akan blog bukan kerana tiada idea penulisan bahkan aku punyai banyak idea tinta untuk dicoretkan tapi apakan daya, kesibukan masa sekali lagi menghalang aku meneruskan hobi aku ini.

Entri kali ini bolehlah dikatakan 'comeback'  aku dalam dunia bloggers. he3~ poyo cam  la ada yang baca blog aku kn..

Apa-apapun, entri yang aku nak bawa kali ini mungkin berat sedikit. Beratnya mungkin  melebihi berat badan aku kowt.maka aku harap pada sapa yang membacanya akan membuka minda serta lapangkan jiwa.

Entri pd hari ini aku anggap sebagai  pemulaan catatan aku sebelum kembali aktif di dunia bloggers dan sebagai peringatan kepada diri aku yang sudah seminggu diuji dengan gangguan pada kesihatan yang seperti belum mahu surut.

Sakit pening kepala ini seringkali menjadi masalah pada aku nak fokus pada tugasan, pada pendengaran dan juga perbualan. Kadang-kadang dada pun sakit, jantung kekadang berdegup laju. Hati ini degil tak maw p klinik.hehe. bagi aku ini sakit biasa-biasa ja.

Terdetiknya hati aku menulis ini adalah lebih kepada mahu menceritakan serba sedikit tentang erti sakit dalam Islam. Macam pelik bila aku nak menulis pasal perkara ini tetapi sebagai hamba Allah, tiap apa yang berlaku atau terjadi mesti ade sebabnya..So kalau ada kesilapan atau kekhilafan fakta yang aku share ni, mohon perbetulkan aku segera...

Pernah diriwayatkan Rasulullah menjenguk Salman al-Farisi yang tengah berbaring sakit. Rasulullah bersabda.
 “Sesungguhnya ada tiga pahala yang menjadi kepunyaanmu dikala sakit. Engkau sedang mendapat peringatan dari Allah SWT, doamu dikabulkan-Nya, dan penyakit yang menimpamu akan menghapuskan dosa-dosamu.”
Rasulullah pun melarang untuk mencela penyakit. Ketika Ummu Saib sakit demam dan mencela penyakit yang menimpanya, Nabi bersabda. 

“Janganlah kamu mencela demam. Kerana sesungguhnya demam itu mengikis kesalahan anak cucu Adam sebagaimana bara api mengikis keburukan besi.” (HR. Muslim)

Sebab itu, bila kita sakit maka kita perlu sentiasa ingat bahawa ada yang tersirat disebalik sakit yang datang itu. Selain daripada Allah ingin menghapuskan dosa, sakit juga adalah peringatan yang datang daripada Allah kepada kita. 

Wallahualam.

sekian terima kasih.

Ahmad Sabri bin Muhamad
2056 7414

p/s: pada sape2 yang sedang uzur atau sakit tu, cepat2 p berubat naa...jgn tggu melarat baru nk p spital..hehehe....

2 comments:

azh said...

mohon encik senior pun bawak2 lerr rajinkan diri ke spital ke klinik gi check. XD

VSR - ABE WIE said...

hihihi....
tgok la kalau ade masa....hahaha