Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya dipijak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya retak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya teriak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya haprak
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kelas dua
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya hina
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya sengketa
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya derita
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya kerdil
Melayu mudah lupa
Dulu bangsanya terpencil
Melayu mudah lupa
Tiada daulat
Tiada maruah
Tiada bebas
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Melayu mudah lupa
Sejarah bangsanya yang lena
Tanah lahirnya yang merekah berdarah
Ingatlah
Ingatlah
Ingatlah
Wahai bangsaku
Jangan mudah lupa lagi
Kerana perjuanganmu belum selesai
Tun Dr Mahathir Mohamed
APAKAH MELAYU YANG TERUS MELAYU?
Dimanakah letak maruah bangsaku?
Adakah di sogokan wang ringgit?
Adakah di hamparan kemewahan harta?
Adakah di hidangan makanan mewah?
Adakah di tadahan pujian mahupun kemasyhuran?
Adakah di lambakan sel-sel besi?
Kenapakah?
Mereka telah lupa?
Atau sengaja melupakannya?
Mereka tahukah?
Atau sengaja dibuat-buat tidak tahu?
Mereka pedulikah?
Atau sengaja tidak mahu ambil peduli?
Mereka kisahkah?
Atau sengaja tidak ambil kisah?
Kemanakah arah tuju bangsaku?
Adakah masih menjadi tuan?
Atau dipertuankan di tanah airnya sendiri?
Adakah masih menjadi ketua?
Atau diperkulikan oleh bangsa lain?
Adakah masih dihormati?
Atau diperkudakan oleh bangsa lain?
Adakah masih disanjungi?
Atau diperlecehkan oleh bangsa lain?
Mengapakah?
Bangsaku kini sering alpa?
Bangsaku kini sering tamak?
Bangsaku kini berkelahi sesama sendiri?
Bangsaku kini berperwatakan asabiah?
Bangsaku kini ego dan angkuh
Bangsaku kini pengecut?
Bangsaku kini diperlecehkan sebegini lalu?
Bangsaku tidak mahu sedar?
Siapakah bangsaku?
Dulu mereka seorang penakluk terkemuka
Dulu mereka seorang pelaut dan pengembaraan terkenal
Dulu mereka peniaga dan pedagang paling termasyur
Dulu mereka pentadbir dan bangsawan yang terbilang
Dulu mereka sufi dan pemikir agama yang zuhud
Kini mereka seorang tawanan oleh nafsu sendiri
Kini mereka seorang pengaut keuntungan korupsi
Kini mereka seorang penggangur Berjaya
Kini mereka penjenayah di dunia sendiri
Kini mereka bangsa yang dihina
Kini mereka kehilangan hormat
Kini mereka dilupakan dan disisihkan
Bilakah mereka mahu berubah?
Dari satu titik hitam ke titik putih
Dari malas kepada lebih rajin
Dari mundur kepada maju
Dari lupa kepada terus ingat
Dari hina kepada hormat
Dari khianat kepada kejujuran
Dari perasuah kepada amanah
Dari bodoh kepada cerdik
Dari dijajah minda kepada dibebaskan minda
Dari kotor kepada bersih
Ayuh,
Majulah Melayuku
Kukuhkan kesatuan kita,
Majulah Bangsaku
Kukuhkan kedudukan kita
Majulah Peribumiku
Kukuhkan semangat kental kita
Majulah Perwiraku
Kukuhkan Kekuatan kita
Majulah Srikandiku,
Kukuhkan kerohanian kita
Majulah Anak Bangsa,
Kukuhkan kemerdekaan kita
Majulah BANGSAKU!!!
Marilah,
Bersatu Kita Teguh Bercerai Kita roboh
Marilah kita,
Bagai Aur dengan Tebing
Marilah kita,
Muafakat Membawa Berkat
Marilah kita,
Di keruntuhan Kota Melaka, Kita dirikan Putrajaya.
Marilah kita,
Tinggalkan segala permusuhan kalangan kita,
Marilah Kita,
Majukan diri, bangsa, agama dan Negara..
InsyaAllah



No comments:
Post a Comment