Salam Semua.
Persoalan terungkai bahagian 1 ini akan cuba menjawab semua persoalan yang dituju kepada diri ini. Terlebih dahulu, terima kasih kepada sahabatku kerana telah banyak memberi persoalan-persoalan yang cukup merangsangkan pemikiran diri agar lebih kritis dan analitis. Walaupun masih muda, tapi persoalannya seolah-olah 'reflection' kepada kehidupan aku di masa dahulu.
Persoalannya mudah " Masih mengharapkan cinta yang lama, tetapi si DIA tidak mahu teruskannya "
- Bukankah CINTA itu suatu yang mulia. Cinta Allah adalah cinta yang paling mulia dan hakiki.
- Cinta bukanlah suatu yang objektif tetapi ia adalah subjektif yang mana cukup susah untuk dizahirkan.
- Mengapakah cinta yang diharapkan hanya berakhir dengan kekecewaan? Jika kita merasakan si DIA adalah jodoh kita, maka anggaplah perpisahan itu adalah perpisahan sementara dan anggaplah ia sebagai ujian dariNya.
- Kecewa tapi masih mengharapkan pada si DIA. [ Bunga bukan sekuntum, carilah yang lain, mungkin kita akan menemui seseorang yang lebih baik dari si DIA ]
- Si Dia terus membenci kita. Benci ini suatu sifat yang fleksibel, ia boleh jadi dalam tempoh yang lama dan kekadang perasaan benci itu boleh bertukar kembali kepada perasaan saying. Itulah kekuasaan Allah yang dapat membolak balikkan hati manusia. [ Lagipun, selama mana seseorang itu akan terus membenci kita, tapi ingat juga selama manalah seseorang itu terus menyayangi kita]
- Apa sebab si DIA membenci kita? Adakah kita yang bersalah? Adakah kita pernah menyakiti hatinya? Atau si DIA sengaja berbuat demikian untuk kita memberi perhatian yang lebih kepadanya? [Kebiasaanya wanita akan membenci seorang lelaki atas alas an lelaki itu tidak pernah setia atau tidak pandai menjaga perasaan wanita itu]
- Apakah perlu kita mengharapkan cinta itu? Sekiranya kita merasakan perlu, maka teruskan usaha itu dengan menggunakan jalan yang diredhai Allah iaitu pernikahan yang sah. Sekiranya kita merasakan ia tidak perlu, maka kita sudah berjaya. Berjaya menyelamatkan diri kita dari arus percintaan yang tidak membawa apa-apa kepada kita. Percintaan yang mungkin membawa kepada kemurkaanNya.Wallahualam.
- Tapi itu cinta pertama? Adakah kita pasti itu cinta pertama? Atau itu pengalaman pertama kita jatuh cinta? 2 perkara ini amatlah berbeza antara satu sama lain. [Perkara ini dibincangkan dalam post yang akan datang ]
- Apakah langkah terbaik? Langkah yang terbaik adalah 'REDHA' dengan ketentuanNya, kerna ada hikmah disebalik perpisahan itu. [ Ingatlah janji-janji Allah itu amat benar kepada hamba-hambaNya yang soleh dan patuh kepada perintahNya]
Firman Allah dalam Surah Al-Baqarah ayat 286
Maksudnya:-
Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (Mereka berdo`a): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. Beri ma`aflah kami; ampunilah kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
Hujah:-
Allah S.W.T tidak akan membebani hambaNya sewenang-wenangnya, kerana bebananNya hanya dikenakan kepada hambaNya yang benar-benar mampu memikulnya. Dalam kata yang mudah, semua ujian yang diturunkan keatas kita adalah bersesuai dengan keupayaan kita. Dan ingatlah setiap ujian itu ada hikmah yang tersendiri. Maka janganlah kita menganggap ujian ini terlalu berat kepada kita.
Haruslah kita kembali menilai diri kita, bahawa setiap nikmat yang dikurniakanNya adalah satu ujian sebenarnya:-
Firman Allah S.W.T [Az-Zumar: 49]
Maksudnya
Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya ni`mat dari Kami ia berkata: "Sesungguhnya aku diberi ni`mat itu hanyalah kerana kepintaranku". Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.
Maka, sahabatku ingatlah segalanya yang berlaku adalah ujian keatas diri kita. Bersabarlah atas segala yang berlaku kerana mereka yang sabar akan menerima sesuatu perkhabaran yang baik dari Allah S.W.T
Firman Allah [ Al-Baqarah : 155]
Maksudnya:-
Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.
Sebagai penutup kepada bahagian satu ini, aku mengharapkan artikel ini sedikit sebanyak merungkai persoalan dijiwa masing-masing. Sekiranya masih ada persoalan, jangan segan atau malu untuk meminta pendapat dari aku.
Sekian, terima kasih.
Ahmad Sabri Muhamad
Universiti Kuala Lumpur Institute of Medical Science Technology
10 comments:
Salam Ziarah
Artikel yg mnarik. Tapi cite mcm kisah Abe n si DIA ja.
Thanx ngn artikel nie.ley copy x?
Wow!!
Ahmad Sabri is back...
kisah ni ptutnya tulis ats nma penulis je.hik3~
Tapi, sape nazrin tuh?
Azhar: cite abe n si dia??ahakz~~ade persamaan la kowt...ahakz~~ nk copied ek...copy la kalau ia berguna utk tatapan umum..ahakz~~jgn smpai abe kena ISA sudah......hahahhaa
mysara: Wowowowowoww!!! dh lama xcomment...ahakz~~follow la blog aku.....sedih ja aku tgok sorang pengikut..ahakz~~ Nazrin 2 housemate aku kt unikl....ahakz~~nak kenal ke? hahaha
Ahmad Sabri = Dr Cinta?
mybe la...huhu..
Persoalan yg cukup baguz. sape la kawan ko nie kn.mesti dh kronik jiwa raga..hahaa(matila aku kalau member ko bace nie)
Berkorban demi Cinta Allah lebih mulia dari berkorban demi cinta yang tiada kepastian.
p/s: Ahmad Sabri, knape resign jawatan dlm MT MPMPT? sedeyh aw...
salam abe wie
sejak ble jadi dr luv nie.he3
jawapan abe wie sggh menyentuh aty adik.
bagi adik, si DIA turut bersalah. coz mana boleh beban masalah kt laki 2. xfair la.
abe wie, adik ade masalah.ley tolong settlekn..huhu
Hamizah: Ana resign atas sebab2 tertentu...
Naimah: sejak putus cinta kowt..hehehehe....
jawapan nie xlengkap lagi..tggu part 2.
apa masalah adik? sharing is comfortable.
Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang
Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…
Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…
Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…
Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…
Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…
Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.
Muhamad Nazrin Ahmad Zohari - Ahmad Sabri - Syafiq Zaqwan - Idham Khalil
4 jejaka yg berkongsi cerita yg sama.
4 sekawan yg berkongsi duka yg sama.
4 sahabat yg berkongsi suka yg sama.
Tapi adakah mereka berkongsi pengakhiran yg sama?
tabahlah wahai sahabatku Ahmad Sabri
Sesungguhnya Allah itu Maha Adil, segala yg diberikan kepada kita adalah ujian. Gagahilah iman utk mengatasi ujian itu. InsyaAllah berjaya duniawi dan ukhrawi.
Wie, aku cm kenal je dak nazrin 2...dak mrsm gerik an?
Salam.
Wah!! artikel yg cukup menarik.
" Jika dalam diam kita menyukai seseorang itu, maka lebih bagus kita terus menyukai seseorang itu dalam diam. Ini kerna akan disuatu hari nanti kamu akan mendapatkannya dengan jalan yang diredhai Allah "
Masih ingat kata-kata ini. Ahmad Sabri sememang seorang yang cukup menitikberatkan penulisan dan penghayatan.
Ya Allah,
Ku mohon padaMu
Agar Kau kekalkanlah ikatan persahabatan aku dan Ahmad Sabri.
Ya Rahman,
kurniakanlah kesejahteraan kepada Ahmad Sabri
Beliau adalah aset negara yang bakal menyinar.
Amin.
Terus maju untuk kegemilangan Ummah dan Bangsa.
Post a Comment