Sewaktu entri ini ditulis, jam menunjukkan sudah lewat 3.40pagi....aku masih tidak lagi tidur, aku tidak letih.....mungkin biological clock aku sudah masak dengan perangai ku.....aku boleh dikatakan seorang yang sering tidur lewat atau kuat berjaga malam....orang cakap nocturnal....tapi bagi aku, malam adalah satu masa dimana aku akan dapat mencari ruang untuk mengimbas kembali masa lampau.....
Dimanakah silapnya sikap aku ini?
Dimanakah tempangnya perangai aku ini?
Dalam mencari erti kehidupan aku ini....aku mulakan dengan pengenalan diri, AHMAD SABRI BIN MUHAMAD, satu nama yang cukup memberi makna besar kepada kedua ibubapaku.....
AHMAD = Yang Terpuji
SABRI = Kesabaranku
Namun, bila aku periksa diri, dimanakah sifat yang terpuji dalam diri aku? Solat kekadang aku lupa nak tunaikan....puasa pun kadang2 ditinggalkan......arahan mak ayah kekadang aku ingkar......belajar pun kekadang aku malas.....Inikah sifat yang terpuji? Aku rasa macam nak mencemuh diri sendiri saja.....
Adakah aku kurang ilmu agama? atau aku kurang didikan agama? atau aku malas nak belajar ilmu agama?
Aku dapat rasa selama aku hidup dimukabumi Allah ini, aku telah banyak melakukan dosa....tak terhitung berat timbangan dosa aku itu.......tapi, dalam saat aku mengingatkan ia adalah dosa, aku terus leka, dan masih hidup dengan gaya hidup yang sama....tetap tiada perubahan........aku masih aku yang lama.....
Melihat orang yang susah, buat aku terfikir......orang yang susah itu pun masih mampu melakukan suruhanNya...masih berupaya solat....masih upaya berpuasa...tapi aku? yang masih sihat, kuat dan berkemampuan ini?
Silap siapa sebenarnya? aku atau orang lain?
Teringat kepada ayat Allah S.W.T dalam surah Al-Asr ayat 1-3
Demi masa, sesungguhnya manusia dalam kerugian, kecuali bagi mereka yang beriman dan beramal soleh dan mereka berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaranhurmmm...terfikir pula aku, Allah telah memberi aku ruang waktu yang cukup panjang dan luas untuk aku mengingatiNya...namun, aku masih alpa dan lalai........aku ego dan sombong hidup dimukabumiNya.......
Aku menulis entri ini bukanlah untuk mendedahkan aib diri sendiri atau sesape namun, anggaplah ia seperti satu kisah dari seorang remaja yang begitu jahil terhadap tuhanNya.........
Ya Allah....aku malu untuk mengakui aku hambaMu, disaat aku tidak pernah sempurna melakukan suruhanMu...Sesungguhnya segala ilmu datang dariMu.....namun, aku angkuh dengan nikmat yang Kau berikan padaku........
Dalam hati ini, terasa nyaman sekali melihat anak-anak kecil menunaikan solat, aku ingin seperti mereka juga.....Dalam hati ini terasa tenang melihatkan rakan-rakan membaca al-Quran.......Dalam hati ini terasa amat sejuk sekali mendengarkan bacaan hadith pesuruhMu.........
Andai kata aku diberikan masa lalu, ingin sekali aku menyingkapnya semula....ingin sekali aku ingin mengubahnya menjadi suatu surutan kenangan yang mengikut ke arah jalanMu...namun, masa itu tidak menunggu kita.........dan aku telah ditinggalkan masa.........
Aku terfikir, adakah Allah dapat menerima taubat ku ini? bukan sekali dua taubat yang aku lakukan....sudah berulang kali aku melakukan taubat.....aku malu padaMu Ya Allah, sudah berulang kali aku melafazkan kata-kata taubat, tapi aku tetap lemah dalam kehidupan ini..........Terfikir pulak aku, adakah taubat ku ini akan diterima olehMu Allah? dan aku tetap yakin, pintu taubatMu sentiasa terbuka kepada hambaMu selagi mana dunia ini belum kiamat...........
Ya Allah, aku mahu bertaubat....tapi aku tidak tahu dimana hendak aku mulakan taubat ku ini.......aku terlalu jahil dalam beribadat kepadaMu....aku terlalu jahil dalam mendalami agamaMu...........
Ya Rabbi, terimalah taubat ku ini....ampunkanlah dosa-dosa ku.......aku benar-benar ingin bertaubat.......aku benar-benar ingin menjadi hambaMu yang taat...........aku tidak mahu lagi sesat dalam kehidupan yang serba serbi tidak kena ini.............
Ya Hakim, berikanlah pengampunan kepadaku......berikanlah kekuatan kepada ku agar aku terus istiqamah dalam taubat ku ini..............
Andai ini taubatku yang terakhir, aku mohon kepadaMu Ya Allah, matikanlah aku dalam saat aku masih taat kepadaMu, matikanlah aku dalam saat aku masih berpegang kepada agamaMu yakni Islam, matikanlah aku dalam saat aku bertaqwa kepadaMu....dan matikanlah aku dalam saat aku sempat bertaubat dengan sebenar-benar taubat iaitu taubat nasuha..........
Aminn.....
p/s: setiap manusia melakukan kesilapan, begitu jua aku.......aku nak minta maaf pada rakan2 yang selama ini aku kenali........aku nak minta maaf pada rakan2 yang selama ini aku kasari......aku nak minta maaf pada rakan2 yang selama ini aku tidak tegur..........aku minta maaf pada semua yang mengenali aku secara langsung mahupun tidak langsung...........
tamat entri ini pada 4.11pagi

No comments:
Post a Comment