VVIP TOS

Monday, December 26, 2011

Puisi#5 : Kau Hanya Wanita


Kau…
Hanya wanita biasa
Wanita yang terlalu biasa buatku
Wanita yang tidak mampu menandingi kaum Adam
Wanita yang terlalu kampong buatku

Kau…
Ibaratkan permata yang tidak bersinar
Ibaratkan intan yang tiada nilai
Ibaratkan emas yang tiada mutunya
Ibaratkan makhota tidak bertakhta

Namun,
Kini mula berubah
Kau tidak lagi wanita yang dulu
Kaulah ikon wanita masakini
Semangat kau mula terpancar
Kau lebih dari kaum Adam
Kau lebih hebat

Kau…
Seorang wanita yang paling unik
Seorang wanita yang tabah
Seorang wanita yang sabar
Seorang wanita yang gigih
Seorang wanita yang berwawasan

Kau…
Ibaratkan Bidadari dunia
Lunaknya suaramu
Saat kau mula berhujah.
Terpegun aku mendengarnya
Tersentak emosiku.
Teragut maruahku sebagai lelaki

Kau…
Tidak lagi toleh kebelakang
Tidak lagi kolot seperti dulu
Tidak lagi berfikiran pasif

Kini…
Kau mula berubah
Berubah menjayakan diri
Berubah menggapai anjakan paradigm
Berubah untuk mengubah nasib diri
Berubah mencari keimanan
Berubah mencari identiti fitrahmu.

Kau…
Insan yang aku kenali
Walau hanya seketika masa
Walau hanya secebis picisan masa
Walau hanya berjumpa dalam tanpa keadaan realiti

Tapi…
Kau sungguh ramah
Kau sungguh baik hati
Kau sungguh sopan
Kau sungguh berbudi
Kau sungguh berani
Kau berwawasan
Kau beriltizam

Tapi..
Siapakah Kau?
Fikiranku mula terusik…..
Saat aku mula menulis madah ini….
Bahawa…
Kau yang digambarkan adalah
Wanita Johor berjiwa Kelantan
Wanita Melayu Warisan Che Siti Wan Kembang
Wanita Berani Seperti Aishah Ghani

Tidak dapatku gambarkan
Kau hanyalah wanita……
Dan Kau tetap wanita……..
Selamanya Wanita………
Tiada Siapa yang dapat menafikannya……..

Nukilan Ikhlas Ahmad Sabri B Muhamad

p/s: sajak ini dinukil sudah lama.........ade sedikit olahan...yg membacanya jangan marah ek...

Jom terjah gak koleksi Puisi Abe Wie

No comments: