VVIP TOS

Sunday, December 11, 2011

Sains&Kesihatan #3 : Sakit Kepala ?

Assalamualaikum dan salam perkenalan semua blogger.....
sudah lama aku x update pasal sains&kesihatan kn?
huhu..bukan senang nak cari info2 menarik tentang sains&kesihatan nie...boleh pecah kepala kalau duk tekan sangat.....ntah2 sakit kepala datang plak.......

Ya, Sakit kepala menjadi pilihan aku kali ini....even sakit kepala ini adalah benda yang common sangat dalam kehidupan harian kan.......huhuhu....

jom kita try check diri kita, kowt2 kita ade mengalami salah satu punca-punca yang boleh menyebabkan SAKIT KEPALA...

| Punca-Punca Sakit Kepala |


1.Fikiran yg bercelaru atau tidak tenang.....[ bukan sewel k...]
2.Duduk bertentangan dengan cahaya yg terang......[ silau cahaya pun ley wat sakit kepala doooee.... ]
3.Pemilihan kanta cermin mata yg xsesuai dengan kemampuan mata....[ ayat aku nie xbape betul....power spek tue tinggi sgt..]
4.Merenung dan memandang sesuatu dengan pandangan kabur....[ kalau rabun buat cara rabun, jgn paksa mata ]
5.faktor penyakit cth migraine , diabetes , barah or demam
6.memakai pakaian yg kurang sesuai terutama sekali ketat dibahagian pinggang...
7.pemakaian wangian yg berlebihan.... [ sebatu jarak dh ley dpt bau...perghhh ]

agak2 korunk2 ade x hadapi semua antara punca2 tersebut? kalau ade bila masa yang sesuai untuk anda2 semua merujuk kepada DOKTOR......

| Jumpa Doktor |


Sakit kepala biasanya tidak serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan akan memudaratkan. Jumpa doktor jika anda mempunyai tanda-tanda amaran serius seperti berikut :
  • Demam.
  • Jika anda melebihi 40 tahun.
  • Tidak berkurangan selepas pengambilan ubat tahan sakit yang ringan.
  • Sakit kepala sangat kerap dan teruk.
  • Sakit kepala yang berbeza dari yang biasa anda alami.
  • Lebih teruk dengan batuk atau bersin.
  • Selepas kemalangan yang melibatkan kepala.
  • Kejang tengkuk/leher.
  • Khayal/lali.
  • Sawan.
  • Rasa lemah dan kebas.
  • Kabur penglihatan atau buta.
  • Sakit kepala melebihi seminggu, lebih teruk di waktu malam atau awal pagi.
  • Loya, muntah.
  • Hilang selera makan dan susut berat badan.
  • Seseorang pengidap darah tinggi, penyakit kanser dan HIV
seeloknya kita amalkan pencegahan kn......antara langkah2 yang boleh kita amik untuk mencegah sakit kepala......

| Pencegahan |
  • Tangani tekanan anda dengan baik.
  • Ketahui teknik-teknik untuk bertenang.
  • Pemakanan seimbang.
  • Kerap bersenam.
  • Berhenti merokok.
  • Amalkan gaya hidup sihat
ha....itu dari segi sains kn.....apa kata kita try tengok antara petua-petua yang kita ley amik untuk atasi sakit kepala......tgok bawah nie....kowt2 la berguna dimasa hadapan...hahaha

| Mengatasi Sakit Kepala |
1.  Tidur terlentang
2. Jangan membuat gerakan di kepala,tangan atau bahagian lain.
3. Usahakan jangan memejam mata kerana ia akan membuatkan mata semakin berputar
4. Tataplah satu titik secara terus menerus sehingga mata terasa ikut berputar dan dapat dikendalikan dan goncangan dirasakan berkurangan
5.Ambil ubat sakit kepala yang disarankan oleh doktor
sekian saje dalam segmen sains&kesihatan untuk kali ini.......apa? korunk2 xtaw tentang segmen Sains&Kesihatan? lorh....xpe2.....rajin2 la klik kat link kat bawah nie nyer....
Sains&Kesihatan


No comments: