Zaman pasca kemerdekaan boleh dikatakan suatu zaman yang agak sukar buat rakyat Tanah Melayu ketika itu dek kerana dengan pendudukan Jepun yang membawa propaganda untuk membebaskan Tanah Melayu dari kolonial Barat. Namun, harapkan pagar pagar makan padi, Jepun turut menjalankan dasar penjajah mengikut acuannya sendiri. Kehidupan rakyat semasa pemerintahan Jepun amatlah melarat. Pengenalan beberapa cukai atau catuan terpaksa dihadapi oleh mereka ketika itu.
Namun, atas dasar perjuangan, masih ada golongan yang berhasrat untuk melawan kezaliman Jepun. Walhal pada awalnya, segelintir rakyat Tanah Melayu ketika itu amat menyanjungi Jepun..... Jangan sesekali kita mempercayai kuasa luar...
Dalam usaha melawan Pendudukan Jepun ini, pihak yang kalah iaitu British telah merencana suatu pendekatan yang dilihat akan mengusir Jepun dengan mudah iaitu dengan cara melatih orang tempatan melawan dengan strategi gerila. Perancangan British inilah yang bakal mengubah segala-galanya dan pencetus kepada masa depan negara Malaysia.
MPAJA - satu organisasi tentera terlatih yang majoriti dianggotai oleh orang Cina ketika itu dilatih dan diberi kelengkapan senjata bagi melawan tentera Jepun. Usaha ini kelihatan hampir berjaya. Ini kerana, semasa pendudukan Jepun, kaum Cina dilayan begitu teruk kerana dendam atau pengaruh Perang China-Jepun.
Selepas pengusiran tentera jepun, maka pihak British dengan memperkenal Sistem Pentadbiran Tentera British. Semasa PTB inilah, pihak MPAJA yang merupakan ranting dari Parti Komunis Malaya atau gelaran yang cukup sinonim dengan mereka BINTANG TIGA. Bintang Tiga ini sempat menguasai Tanah Melayu selama 14 hari. Jangkamasa ini berlaku saat pengunduran tentera Jepun dan kembalinya tentera British untuk mewujudkan pentadbiran British secara mutlak.
PKM telah melakukan huru hara di Tanah Melayu dengan rakusnya. Ramai rakyat Tanah Melayu ketika itu menjadi mangsa korban akibat kerakusan PKM untuk mewujudkan pentadbiran sendiri di Tanah Melayu. Dari akibat dari inilah, Tanah Melayu terpaksa berlumuran darah....Tidak kira tua muda, dewasa kanak-kanak lelaki perempuan.... Kerakusan pihak PKM ini tidak mengenal bangsa. Peristiwa Bukit Kepong masih segar dalam ingatan rakyat Malaysia yang mengalami zaman itu. Serangan Bukit Kepong itu mengejutkan penghuni/anggota Polis . Serangan bertubi-tubi dari PKM ( Bintang 3) itu berakhir dengan terkorbannya beberapa nyawa insan yang tidak bersalah.
Kekejaman yang dilakukan oleh PKM ini tidak dapat dimaafkan lagi. Kerana perbuatan mereka amat melampaui batas.
oleh Ahmad Sabri b Muhamad, mahasiswa UniKL Mestech


No comments:
Post a Comment