VVIP TOS

Wednesday, September 14, 2011

16 September : Rentetan Sejarah (Part 1 )

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Hari Malaysia



Setiap 16 September saban tahun kita akan meraikan suatu peristiwa penting dalam lipatan sejarah pembentukan suatu negara yang dinamakan MALAYSIA.

Malaysia adalah sebuah negara yang amat unik kerana populasi penduduknya yang begitu variasi dan majmuk. Melayu, Cina, India, Bidayuh, Melanau, Iban, Dayak, Orang Asal dapat duduk sebumbung dan harmonis. Perpaduan yang dicapai oleh negara Malaysia ini menjadi suatu ikutan kepada negara-negara baru yang wujud atau kepada negara-negara yang sama ciri demografiknya dengan Malaysia.

Dahulunya, Persekutuan Tanah Melayu atau Malaya telah mendapat kemerdekaan secara rasmi oleh British pada tanggal 31 Ogos 1957 , dimana rakyat PTM ketika itu yang diketuai Ketua Menteri PTM yang pertama YM Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah bersama-sama rakyat melaungkan kalimat yang digemakan di Stadium Merdeka iaitu MERDEKA........

Kemerdekaan Pesekutuan Tanah Melayu ini turut menjadi suatu perbahasan akademik kerana cara kemerdekaan PTM ketika itu dikatakan tidak secara pertumpahan darah. Walhal, usaha untuk mendapat kemerdekaan ini telah bermula sejak pertama kali Kota Melaka di cerobohi oleh angkatan tentera Feringgi ( Portugis )... Penentangan demi penentangan dicoretkan dalam lipatan sejarah Kota Melaka, disambung dengan penentangan secara berterusan oleh waris kesultanan Melayu Melaka melalui kerajaan yang berpusatkan di Johor.

Penentangan ini mengambil beratusan tahun sebelum kemerdekaan diberikan. Sudah berapa banyak kolonial yang menjajah Tanah Melayu. Bermula dengan pencerobohan Orang Feringgi di Melaka, pendudukan Belanda , dominasi pihak Inggeris /British selama beratus tahunnya, pembebasan Malaya oleh Jepun, dan yang terakhir zaman penguasaan British melalui sistem Malayan Union.

Adalah tidak tepat jika dikatakan Persekutuan Tanah Melayu sebelum era kemerdekaan dikatakan hanya merdeka dengan meja rundingan. Ini kerana kita dapat melihat berapa ramai pejuang kemerdekaan kita telah terkorban demi mempertahankan Tanah Melayu dan agama. Tok Janggut di Kelantan, Dato' Maharajalela di Pasir Salak, Mat Kilau dan Tok Gajah di Pahang, Tuan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu dan ramai lagi diantara mereka yang terlalu banyak untuk disenaraikan. Namun, mereka ini semualah yang kita julangkan sebagai Pahlawan Bangsa.

Jasa dan pengorbanan mereka tidak seharusnya dinafikan secara terus oleh mana-mana pihak dari generasi sekarang.

Jika itu adalah sedikit coretan mengenai zaman sebelum era kemerdekaan. Apakah yang berlaku ketika zaman pasca kemerdekaan?

bersambung.......

oleh Ahmad Sabri b Muhamad , mahasiswa UniKL MESTECH


No comments: