VVIP TOS

Tuesday, September 13, 2011

Kalimah Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Kali ni aku nak tulis something yang sememangnya dah banyak kali orang diluar sana tulis dan ulaskan.
tapi ADE AKU KISAH ke....he9.....xde la, aku pun nak tulis pasal Kalimah Cinta mengikut pengalaman dan perspektif aku sendiri an......

Cinta bagi aku suatu perasaan yang sememangnya sudah ada dalam diri setiap manusia dan terpulang ke atas individu dalam menafsir erti cinta.

Cinta perlu hadir sentiasa kerana ia adalah suatu yang amat penting dalam kehidupan kita sebagai manusia. Cinta kepada Allah S.W.T adalah cinta yang agung. Atas dasar cinta kepada pemilik sebenar cinta ini akan membawa kehidupan kita lebih teratur dan lebih barakah... Dengan adanya perasaan cinta kepadaNya, insyaAllah mudah-mudahan segala apa yang kita lakukan atau ibadah kita dinilai dengan tahap IKHLAS....

Cinta kepada Rasulullah S.A.W juga perlu kerana baginda merupakan insan yang paling disayangi oleh Allah dan baginda turut menjadi rahmat kepada seluruh kalian manusia sejagat dalam membawa manusia kejalan untuk mendekati Allah dan bertaqwa kepadaNya.... Kasih dan Cinta Nabi S.A.W ini tiada tandingan terhadap ummatnya. Sehingga disaat kewafatan baginda, masih sempat mengungkapkan Ummati.....Ummati....Ummati... Begitulah kasih dan cintanya Rasulullah terhadap ummatnya...

Itulah Cinta.........

Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.


Jangan simpan kata-kata cinta pada orang yang tersayang sehingga dia meninggal dunia lantaran akhirnya kamu terpaksa catatkan kata-kata cinta itu pada pusaranya. Sebaliknya ucapkan kata-kata cinta yang tersimpan di benakmu itu sekarang selagi ada hayatnya.


Walaupun......

Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu menjadi emas, keruh menjadi hening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat dan kemarahan menjadi rahmat.
Cinta itu juga ibaratkanlah seperti menyunting sekuntum mawar merah. Kadangkala kamu mencium harum mawar tersebut, tetapi kadangkala kamu terasa bisa duri mawar itu menusuk jari.


Sungguh menYAKITkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepadanya.
Namun hati-hati dengan cinta, kerana cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin, raja menjadi budak, jika cintanya itu disambut oleh para pecinta PALSU. Kemungkinan apa yang kamu sayangi atau cintai tersimpan keburukan di dalamnya dan kemungkinan apa yang kamu benci tersimpan kebaikan di dalamnya.

Ingatlah wahai teman...


Cinta bukanlah kata murah dan lumrah dituturkan dari mulut ke mulut tetapi cinta adalah anugerah Tuhan yang indah dan suci jika manusia dapat menilai kesuciannya.


Bercinta memang mudah, untuk dicintai juga memang mudah. Tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh.


Jika saja kehadiran cinta sekedar untuk mengecewakan, lebih baik cinta itu tak pernah hadir.
Aku Suka Sape ek....tetttttttttttttt...
belum dapat pengesahan rasmi lagi....hahahaha


2 comments:

Tripple A go-blog said...

tettttttt aku nak jawab

Unknown said...

tettttttttt.....ade bran ka??????
atoiii gurau2 je...hehehe