Assalamualaikum w.b.t & Salam Sejahtera...
hari ini Pak Teh Wie nak jadi motivator la plak...
ahakz~~[kompem ramai yg kutuk jap agy..]
Meniti Kecemerlangan & Kejayaan dalam Kehidupan?
berat x tajuk nie? asenye xberat mana...hu2~~
Bagi Pak Teh Wie
Kejayaan adalah suatu perkara yg semua manusia idam2kan....
tapi proses utk mencapai kejayaan itu macam mane?
Mudah saje
usaha + doa + tawakal + restu ibu bapa + pensyarah = KEJAYAAN!!!
1.Usaha
sebagai insan yang ingin mengecapi kejayaan, kita xseharusnya hanya pandai berkata-kata sahaja tanpa melakukan sebarang tindakan dalam meniti kejayaan tersebut. Maka seeloknya jikalau kita BERUSAHA ke arah itu. Berusaha adalah suatu tindakan atau perilaku manusia yang sememang ada dalam setiap diri masing2 tapi bagaimana utk berusaha adalah bergantung kepada individu tersebut. Dalam berusaha, kita seharusnya mempunyai sifat istiqamah atau bersemangat dalam mencapai target dalam hidup.
2. Ibadat & Doa
Sebagai muslim,Ibadat amat penting dalam kehidupan kita seharian dan kita dianjurkan berdoa walau apa dalam jenis keadaan. Ketika susah, ketika senang, berdoa adalah senjata terbaik bagi Muslim. Dengan berdoa, ia akan membuat kita lebih tenang. Berdoalah sekali utk kejayaan dan kebahagian orang lain jugak...
3. Tawakal
Selepas berdoa, hendaklah kita bertawakal. Tawakal hendaklah bersungguh2 dan percaya bahawa apa yang kita usahakan akan dianugerahkan oleh Allah dengan ganjaran yang setimpal dengan usaha kita itu.
4. Restu ibubapa.
Perkara ini amat penting buat semua kn. Restu ibubapa ini adalah satu kemestian bagi setiap individu utk berjaya. Tanpa restu mereka seolah2 kejayaan kita itu xder makna. Macam mane nak dapat restu ibubapa? mudah saja, jgn sesekali menyakitkan, menyusahkan, membebankan kedua ibubapa kita dengan masalah yang ditimbulkan oleh kita sendiri.
5. Hubungan dengan Pensyarah
Hubungan dengan pensyarah juga penting dalam mencapai kejayaan. Ini kerana, segala ilmu telah diajarkan melalui peranan pensyarah kita. Maka jgnlah sesekali kita mengutuk atau mengata pensyarah kita.
Jika kita mempraktikkan cara sedemikian, percayalah Kejayaan bukan dikejar oleh kita tapi kejayaan mencari kita.ahakz~~cam poyo plak Pak Teh nie..
Ahmad Sabri Muhamad





No comments:
Post a Comment