VVIP TOS

Friday, October 1, 2010

SAHABAT BUAT SELAMA-LAMANYA.............

Salam semua,btw entry kali nih i tujukan utk member KMP08/09 , UTHM, UNIKL i & sahabat sejati..di mana tanpa mereka,mayb aq xkan terus di sini. Mereka pemberi semangat,mereka cinta hati aq di sini. Syukur kehadrat ilahi coz aq dikurniakan mereka yang digelar sahabat sejati aq. Moga persahabat kita di sini kekal selamanya wahai sahabatku...Gaduh baik memang lumrah persahabatan bukan,hanya perlukan pemikiran yang matang untuk terus bersama..Terima kasih wahai sahabatku..


Duhai Teman Duhai Sahabatku…
Hargailah bila bersahabat…
Maafkanlah bila terluka…
Fahamilah bila keliru…
Nasihatilah bila terleka…
Tegurlah bila tersilap…
Ingatilah bila kesunyian…
Itulah kehebatan ukhwahfillah…
Apabila kau ingin berteman…
Janganlah kerana kelebihannya…
Kerana mungkin dengan satu kelemahan…
Kau mungkin akan menjauhinya…
Andai kau ingin berteman…
Janganlah kerana kebaikannya…
Kerana mungkin dengan satu keburukan…
Kau akan membencinya…
Andai kau inginkan sahabat yang satu…
Janganlah kerana ilmunya…
Kerana apabila dia buntu…
Kau mungkin akan memfitnahnya…
Andai kau inginkan seorang teman…
Janganlah kerana sifat cerianya…
Kerana andai dia tidak pandai menceriakan…
Kau mungkin akan menyalahkannya…
Andai kau ingin bersahabat…
Terimalah dia seadanya…
Kerana dia seorang sahabat…
Yang hanya manusia biasa…
Jangan diharapkan sempurna…
Kerana kau juga tidak sempurna…
Tiada siapa yang sempurna…
Kerana itu bersahabatlah kerana Allah…
Bertemu dan berpisah..Hidup dan mati hanyalah untukNya…




Special to :-
Semua Yang Menjadi Sahabat Kepada Diri Ini,.....



No comments: