VVIP TOS

Sunday, October 3, 2010

TIADA LAGI UNTUK MU

Tiada Lagi Untuk Mu

Sahabat....
Cukuplah setakat ini sahaja
Sudah lama aku pendamkan rasa hati ini
Sudah lama hati ini terasa dengan tingkah laku mu itu
Sekarang apa yang fantasi telah direalitikan

Sahabatku....
Sekian lama aku bersabar dengan gerak laku mu
Semakin hari semakin aku cuba untuk menahan ledakan hati ini
Hanya Tuhan sahaja yang tahu
Apa yang berada dibenak hati kecilku ini

Sahabatku....
Jika dulu aku menitikberatkan hal diri mu
Jika dulu aku menjadi teman yang rapat bagimu
Jika dulu aku seorang teman yang kau senangi
Jika dulu kau teman aku yang tak pernah aku salahkan

Namun kini...
Semua itu telah beredar
Beredar bersama-sama ledakan lahar hati ini....
Tiada lagi nasihat mahupun teguran
Yang mampu aku berikan kepada mu
Kerana hati ini telah diselaputi dengan kekecewaan
Kerna hati ini telah ditutupi dengan perasaan marah dan juga keliru

Jika dulu...
Saat aku menukilkan sepetik nasihat mahupun teguran
Kau terus menutup telinga dan tidak mengendahkannya
Saat aku cuba menegurmu,
Kau terus meninggalkan aku.....

Tapi kini....
Sudah tiada lagi untuk kau tutupi lagi
Kerna aku sudah
malas untuk menasihati kau
tiada daya untukku menegurmu lagi
satu sahaja yang aku pinta dari mu
janganlah kau salahkan aku jika kau kecewa di masa hadapan kelak
kerana itu adalah salah dirimu sendiri...

ini bukan kerana....
aku sudah menganggap tiada guna lagi untuk aku menasihati mu
tapi cukuplah dengan nasihat terakhirku ini
jagalah dirimu wahai sahabatku
jagalah maruahmu wahai temanku
jagalah sikapmu wahai kawanku

Ahmad Sabri Muhamad
Kolej Matrikulasi Perlis
8 April 2009

Selepas ini, mana2 member yang ade terase dirinya tidak dihiraukan oleh ku....
kemungkinan besar, korunk termasuk dalam mereka yg dituju sajak diatas..hua3~~~

Sekian terima Kasih...
malas dah nak berleter panjang2..
wat letih aku jer...
bukan makna aku xsayang korunk....
tapi nie jela jalan tuk bagi korunk sedAR!!!!!!!!!!!!

1 comment:

serol said...

ok2.....