Assalamualaikum w.b.t & Salam 1Kepimpinan Mahasiswa
Post kali ini, Ahmad Sabri Muhamad nak re-checking diri sendiri samaada layak diangkat sebagai pemimpin mahasiswa atau tidak....
Perkara ini mula difikir oleh diri ini apabila sdra Muhamad Nazrin Ahmad Zohari memberi satu kenyataan umum iaitu
" Bagaimana nak memimpin orang lain sedangkan diri sendiri tidak terpimpin"
Terkedu Ahmad Sabri nak menjawabnya....
Tapi Ahmad Sabri cuba menjawabnya seringkas yang mungkin..[ahakz...tentu pelikkan, selama ni jawapan aku panjang melebar..tapi tyme dye tanye 2, Ahmad Sabri ngah tension sesangat. ]
Bagi Ahmad Sabri sendiri, tidak menafikan bahawa Ahmad Sabri bukanlah seorang pemimpin yang berkaliber.
Ikhlas dari hati Ahmad Sabri, " SAYA BUKAN PEMIMPIN TERBAIK UTK KALIAN "
Ahmad Sabri merasakan tugas memimpin orang lain adalah suatu tugas yang amat berat dan sukar untuk dilakukan tanpa iltizam yang kukuh.
Pemimpin dalam keluarga
- Ahmad Sabri masih belum bersedia menjadi pemimpin dalam keluarga. Berat amanah nak pikul. Kalau dah berkeluarga, segala-gala adalah tanggung si Suami. So, Ahmad Sabri takut sekiranya diri ini hanya mementingkan diri sendiri dan mensia-siakan kehidupan si Isteri kelak. [ Langkahnya, Ahmad Sabri kena belajar nak mengurus rumah tangga secepat mungkin, penuhkan dada dengan ilmu agama akan institusi perkahwinan Ahmad Sabri kelak terjamin kekal sehingga akhir jodoh. InsyaAllah.]
- Ahmad Sabri bukanlah seorang abang yang bagus kepada seorang adik. Ahmad Sabri sendiri pun tak terjaga solat. Seringkali tertinggal solat. [ so Ahmad Sabri skrang dalam proses nak memperkukuhkan iman dan juga akan cuba mematuhi waktu solat. ]
- Ahmad Sabri merasa bahawa diri ini tidak layak dipanggil sebagai pemimpin bagi kalangan mahasiswa UnIKL MESTECH. Ini kerana, dalam pengurusan Jawatankuasa Perwakilan Kediaman (JPK) pun dah tak berapa nak betul. Ini satu kegagalan. Banyak cakap-cakap belakang Ahmad Sabri yang mempertikaikan kredibiliti kepimpinan Ahmad Sabri. Namun begitu, Ahmad Sabri tetap memaafkan kalian yang membuka cerita kedai kopi dibelakang diri ini. Ahmad Sabri mengambil semua itu sebagai kayu api untuk membakar semangat Ahmad Sabri dalam mempertingkatkan kemahiran kepimpinan.
- Ahmad Sabri gagal memberi nasihat yang baik kepada rakan-rakan Ahmad Sabri. Ini merupakan satu kegagalan yang cukup besar dan sukar untuk dimaafi oleh hati Ahmad Sabri sendiri.
- Kekadang nasihat Ahmad Sabri itu tidak melambangkan diri sebenar Ahmad Sabri. [ so lepas ni, dah tak nak dah bagi nasihat kat orang lain... ]
Ahmad Sabri merasakan ini adalah satu kegagalan!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment