VVIP TOS

Monday, October 4, 2010

SISTEM PENDIDIKAN NEGARA?


SISTEM PENDIDIKAN di negara kita sebenarnya tidak banyak berubah berbanding 50 tahun yang lalu. Sejarah persekolahan bermula pada abad ke-8 dan kemudiannya muncul institusi monastery. Pada abad ke-11 lahirlah sekolah untuk kanak-kanak perempuan dan convent. Dalam pada itu lebih banyak sekolah-sekolah diterajui oleh ahli-ahli industri yang memerlukan sumber tenaga manusia bagi industri mereka. Beberapa tahun kemudian kerajaan mula mengambil alih peranan tersebut yang tanpa disedari telah mengikuti jejak langkah keperluan ahli-ahli industri tersebut. Alangkah sedihnya kerana anak-anak kita sedang mengikuti sistem persekolahan sepertimana yang wujud pada zaman industri iaitu kerja-kerja yang semakin menghilang! (kini, anak-anak sekolah sepatutnya dilengkapkan dengan kemahiran E-dagang).
Tujuan sekolah diwujudkan adalah untuk memberi pendidikan kepada anak-anak agar minda mereka terbuka, meluaskan komunikasi, bergaul, mengembangkan idea dan menjadi berani tampil di hadapan dan menjadi pemenang! Tetapi senario yang berlaku sekarang adalah: satu soalan oleh guru mesti dijawab dengan satu jawapan muktamad oleh pelajarnya (hal ini telah membantutkan idea-idea lain yang cuba disampaikan oleh pelajar sekolah). Sebenarnya ramai cendekiawan negara kita telah menyedari bahawa sistem persekolahan perlu dirombak kerana banyak menjurus kepada teknik menghafal dan mengingat serta mencurahkannya kembali atas kertas peperiksaan.Mungkin kita berjaya menghasilkan lebih ramai pelajar yang mendapat 5A dalam UPSR atau peratus pelajar yang mendapat 8A dalam PMR semakin meningkat dan begitu jugalah keadaannya kepada calon SPM dan STPM hinggalah bilangan pelajar yang berjaya memasuki IPT juga meningkat dari tahun ke tahun! Tetapi berapa peratuskah daripada mereka yang boleh memberikan SUMBANGAN yang berkesan kepada agama, bangsa dan negara?Hal ini berlaku akibat kesan jangka masa panjang para pelajar yang diajar supaya‘berfikiran 1 hala’ dan takut untuk mencuba sesuatu yang berlainan daripada apa yang mereka pelajari di sekolah.
Anak-anak perlu dilengkapkan dengan persediaan bagi menguasai masa depan mereka dengan menggalakkan kemahiran berfikir bukannya sistem hafalan, pengingatan atau pengulangan. Sekiranya sistem persekolahan yang sama ini berterusan, percayalah negara kita akan dibebankan dengan masyarakat yang sentiasa mengharapkan pekerjaan disediakan buat mereka bukannya sebuah masyarakat yang menyediakan pekerjaan buat orang lain (malahan telah berlaku sekarang). Abad ke-20 menunjukkan bahawa ijazah dalam genggaman adalah amat penting tetapi bukannya pada abad ke 21 ini. Tahniah kepada anda yang mempunyai ijazah! Tetapi jangan menjadikannya sebagai penentu jumlah pendapatan anda atau apa yang anda boleh lakukan!
“JAUHKAN DARI PEMIKIRAN LURUS BENDUL, ITU AKAN MEMBANTU PELAJAR MENCAPAI KEMENANGAN…”Dr Paul MacCready, US inventor.
Note: Aq mengagumi pengasas ADABI dan Ramly Burger. Mereka adalah golongan yang KAYA IDEA walaupun tiada ijazah. Tahniah!


Adakah sistem pendidikan negara effektif dalam usaha melahirkan modal insan dalam persekitaran minda kelas pertama?Aku rasa jika sistem pendidikan negara tidak dirombak adalah sukar untuk melahirkan modal insan yang boleh beradu di pentas global. Bukan sistem yang berorientasikan peperiksaan, budaya suka menghafal dan masalah guru kurang terlatih juga didakwa membelenggu dalam usaha menghasilkan modal insan yang berkualiti.
Aku rasa, dan aku juga pernah melaluinya sebelum ini. Sewaktu di sekolah rendah semuanya dikehendaki menghafal. Sebagai contoh, rukun negara. Kesetiaan kepada raja dan negara. Apa maksudnya? Tak tau. Keluhuran perlembagaan. Apa maksud perlembagaan? Tak tau. Merdeka! Apa maksud merdeka? Tak tau. Jadi jika semua solan dijawab sebagai ini, macam mana dengan mutu pendidikan negara kita dan tidak mungkin untuk melahirkan modal insan di tahap global. Kaedah pengajaran sepatutnya mencetuskan idea baru dan budaya mencipt, bukannya meniru orang lain. Ini bergantung kepada inisiatif dan kreativiti seseorang guru.
Apabila disoal, kita mesti memberi jawapan yang rasional, logik dan menunjukkan yang kita ada pengetahuan. Jikalau kita hanya mengulangi apa yang disebutkan oleh orang lain, itu bukan pendidikan. Jika padangan ini diterima, maka ini tidak menjadi satu kejutanlah, jika sistem pendidikan negara melahirkan graduan yang gagal memperolehi pekerjaan dan ia berlaku dalam keadaan guna tenaga hampir penuh, disamping negara menerima ribuan pekerja asing.
Persoalannya: Mampukah guru sedia ada dan korikulum sekolah melahirkan modal insan yang memacu Malaysia ke arah negara maju yang kini tinggal hanya 12 tahun?
Mungkin kita lebih mengutamakan pengurusan di dalam institusi pendidikan daripada pendidikan. Kerana apabila kita sebut tentang pendidikan, maksudnya institusi pendidikan kita boleh dari masa ke semasa menyumbangkan idea baru. Perubahan kokurikulum juga merupakan perubahan yang berterusan. Mana-mana sistem pendidikan pun, kita tidak boleh menetapkan sistem korikulum tersebut. Korikulum mesti diubah secara berterusan. Ini adalah perkara biasa bagi setiap sistem, sistem diperbaiki
Hopefully menjawab persoalan Sdr Ikmal...ahakz~~~

No comments: