VVIP TOS

Thursday, January 24, 2013

Hanya Dia

Assalamualaikum w.b.t.

ku termenung disebalik jendela
melihat keagungan Illahi..
hembusan bayu membadai pipiku
seolah tahu jiwa ku sedang merintih.... 
lantas aku,
menadahkan kedua tangan ku.
melafazkan rintihan serta mengadu
kelu dan kaku tanpa sebarang gerakkan
persis seorang yang makin kehilangan emosi dan perasaan... 
ku menangis dan terus menangis
sama seperti curahan air dari langit.
seakan faham derita jiwa ini
tanpa ada orang lain memahami akan diri ini
tanpa ada orang lain tahu kedukaan aku ini
aku terus menangis sama sekali.... 
aku lemah dan kurang daya
longlai dan kusut dalam fikiran
apa yang aku rasa, harusku pasrah
inilah takdir ke atas aku , yang telah ditetapkanNya
Takdir dimana bukan kuasa ku untuk menidakkannya
malah bukan daya ku untuk menolaknya ke atas ku...
inilah takdir yang harus aku lalui.... 
ku terus menadah tangan kerdil ini..
ku terus memohon dan meminta
kerana aku cuma mahu memohon
seperti anak-anak kecil yang merenggek
kerana ku tahu ku makin lemah
tidak terdaya aku menghadapi ujian ini keseorangan
ku sujud dan tunduk
kerana itu saja yang aku mampu lakukan
selain berusaha..... 
Ya Allah , pemilik jiwa raga ku...
ku sedih dan hiba
ku sedih seiring tidak berdaya
bantulah aku
kerna ku tahu Kau selalu ada untuk hambaMu
aku hanya mampu mengalirkan air mata ku
saat aku melafazkan namaMu dalam sujudku serta doaku...
kerana tiada insan yang memahami perasaanku serta jiwaku ini
kerana ku tahu Kau selalu memahami serta mendengar keluhan hambaMu ini... 
Ya Allah , pengampun dosa insani
ku malu dan jelik dengan diriku
ku tahu banyak dosaku padaMu
ku tahu aku terlalu jahil dan dunggu
aku terus menadahkan tangan ku...
terus berharap serta yakin...
agar Kau mengampuni dosaku yang membukit.....
kerana Kau, tuhan Maha Pengampun
lagi mengasihani hambaMu...

sungguh aku sedih dan hiba....
sungguh aku malu serta jelik
sungguh aku menangis terus menangis..

sangat lemah serta tak berdaya
hingga kaku mulut ku , pegun badan ku...
hanya kepada Allah mampu aku adukan perasaan ku...
dalam sujudku kutemui ketenangan dengan linangan airmata

aku sangat tidak berdaya menghadapi ujian berat dari Allah , namun aku redha kerana ujian ini barulah cebisan dariNya....

Ahmad Sabri bin Muhamad

No comments: