Assalamualaikum w.b.t.
Saban hari kita didedahkan dengan kesengsaraan saudara seagama kita di dada akhbar, mahupun di media elektronik..
penindasan , kekejaman, kezaliman , kejahatan seolah-olah dihalalkan keatas tiap jiwa manusia yang lain. Bila tiada kesefahaman , maka peranglah menjadi pilihan terakhir...
Bilakah semua ini akan berakhir ? bilakah penindasan ini hancur diganti dengan keamanan yang mungkin sedikit dapat mengukir secebis senyuman pada mangsa kekejaman.
Berpuluh tahun sudah bumi Palestin menjadi mangsa nafsu besar ZIONIS yang sentiasa menjarah ketamadunan manusia dengan rakus serta kejam? apakah kita mahu melihat sahaja? melihat tanpa berbuat apa-apa? Isu Palestin menjadi isu fokus buat umat Islam sejagat, kerana ianya memperlihatkan kesepaduan rakyat Palestin yang mempertahankan diri mereka serta tanah air mereka tanpa menghiraukan sedikit pun rasa gentar atau berputus asa...... semangat intifada' terus memekar dihati mereka..
Bukan setakat isu Palestin sahaja, isu etnik Rakhine , isu penghapusan etnik Islam di China.... semuanya seolah tiada pengakhirannya.....
Namun begitu, pada masa kini, kedamaian yang selama ini didakap seakan diragut dengan perpecahan antara sesama saudara Islam... Usah dibawa cerita dari negara Asia Barat seperti Mesir yang masih dalam kancah ketidakstabilan , Syria yang mana perjuangan rakyat menentang kezaliman rejim pemerintah....Lihatlah di negara sendiri , MALAYSIA.... Umat Islam negara ini turut terkena tempias pengaduhan dan sengketa... bukannya sehari dua, malah berdekad lamanya permusuhan ini berlaku.....
Di Malaysia, bila dikatakan Melayu ianya Islam , bila Islam ianya Melayu...itulah suatu perhubungan yang cukup kuat dimana kekuatan Melayu itu adalah ISLAM.. namun kekuatan inilah yang menjadi sasaran musuh untuk menghancurkan semangat perpaduan sesama Melayu-Islam yang sememangnya kita akui tidak utuh....
Entri ini bukan nak membicarakan isu politik , kerana biarlah politikus-politikus yang membicaranya , entri ini mengajak semua untuk menilai serta membuat perkiraan mengenai KEDAMAIAN.. Apakah perlu kita bersengketa sesama kita sendiri ? Apakah kita sanggup melihat masa depan anak bangsa kita diganggu gugat dek kerana kesalahan kita masa kini?
Carilah titik persamaan kita yakni agama kita, ISLAM... bukankah agama kita menganjurkan kita menerapkan elemen kasih sayang ? elemen perpaduan ? bukannya elemen benci membenci , bukannya elemen fitnah menfitnah !
Percayalah jika kita kembali kepada persamaan sesama kita, tali perpaduan itu pasti dapat kita kuatkan dan utuh. Kembalilah kita bersatu padu , kukuhkan perpaduan kita tidak kira warna kulit, kaum atau fahaman politik , tetapi bersatulah atas nama ISLAM.
Akhir kata , bersatulah , berpadulah , bekerjasamalah.
p/s: entri ini tiada niat untuk menyentuh hal politik mahupun individu.
Sekian wassalam
AHMAD SABRI B MUHAMAD
No comments:
Post a Comment