VVIP TOS

Thursday, January 24, 2013

MAULIDUR RASUL 1434 H

Assalamualaikum w.b.t.

Salam Maulidur Rasul kepada semua....

24 Januari 2013 bersama 12 Rabiul Awal 1434 H, adalah cuti umum bagi seluruh Malaysia sempena memperingati kelahiran Rasul junjungan umat Islam, Nabi Muhammad S.A.W. .

Pelbagai aktiviti telah diadakan seperti tahun-tahun yang lalu, kebiasaannya sambutan Maulidur ini diisi dengan perarakan selawat , marhaban dari rumah ke rumah , pertandingan kuiz, kuiz CINTAI RASUL dan banyak lagi......


Tidak ketinggalan juga , ada pihak yang 'kurang setuju' dengan sambutan Maulidur Rasul ni, tapi xkisah la, asalkan pengisian sambutan itu jelas dan sampai kepada objektif sambutan yakni memperingati kelahiran Rasulullah S.A.W dan perjuangan baginda menegakkan agama yang diredhai Allah iaitu ISLAM.

Sempena sambutan Maulidur Rasul ini, marilah kita sama-sama menghayati serta memahami perjuangan serta pengorbanan suci Nabi Muhammad S.A.W dalam menegakkan agama syumul ini dengan perjuangan para sahabat baginda. Semoga kita lebih mertarbiahkan diri sendiri agar menjadi muslim yang berkualiti dan ohsem......

Salam Maulidur Rasul 1434 H

Ahmad Sabri Muhamad

No comments: