Pembuka bicara sekian lama tidak menulis sebarang entri di sesawang blog ini.
Cukup rindu rasa dihati mengenangkan sesawang ini tanpa di urus dengan rapi.
Maklumlah kesibukan jadual kerja sedikit sebanyak merencatkan aktiviti penulisan blog ini.
Kekadang terlalu banyak idea untuk dikongsikan bersama, namun masa tidak mengizinkan serta tidak dapat terluah melalui gaya penulisan sahaja.
Blog ini sudah lama beroperasi , sudah banyak entri2 yang boleh dikatakan memberikan manfaat kepada orang lain , namun diri penulis ini belum puas untuk berkongsi pengalaman mahupun pandangan bersama-sama dengan orang lain diluar sana.
Meniti perjalanan sebagai seorang pelajar di institusi pengajian tinggi terlalulah padat jadual kerjanya ditambah dengan 'Final Year Project' . FYP pada semester ini akan aku cuba memberi 110% perhatian khas agar aku dapat fokus serta menjayakan 'thesis' aku ini. Alhamdulillah , sudah 2 minggu berlalu dalam pelayaran semester baru ini , aku begitu bersyukur kepada Allah S.W.T kerana menakdirkan aku dibawah seliaan (supervise ) Sir Zul Fadhli . Beliau seorang yang tegas tapi kelakar orangnya , senang dibawa berborak. Aku bersyukur kerana sudah menjadi hasrat aku ingin membuat FYP aku dibawah seliaan beliau dan tajuk yang diberikan agak sesuai dengan aku....
" A Survey on the Implementation of 3R's Programme at School "
tapi mengembirakan aku lagi, bila partner FYP aku adalah salah seorang rakan yang aku paling percaya , Shahiful Hafizi atau UCHA ( panggilan ) . Kenapa ianya mengembirakan aku , sudah tentulah Ucha ni pun orang senegeri dengan aku. So, senanglah nanti kalau kami nak buat survey ke project field kat tempat yang sama.
Dalam saat gembira dapat tahu siapa yang jadi supervisor dan tajuk , tak lupa juga satu berita yang cukup merisaukan aku. Rabu , 23/1/2013 aku ke Klinik Kesihatan Kajang seawal pagi mungkin untuk melakukan medical check up . Selama 2 jam aku berada disana untuk menerima rawatan , aku melalui proses saringan darah ( Blood Test ) dan juga Saringan Air Kencing ( Urine Test ) . Tetiba doktor tanya aku,
" awak pernah ada masalah penglihatan ? masalah keseimbangan ke ? "
hurmm, aku jawablah , ' rabun takde la Doktor , tapi saya silau je.... masalah keseimbangan?? hurm, rasanya mungkin sebab fizikal saya yg keding ni '.....
oke citer pasal medical check up tu aku habeskan stakat sini je... kita sambung lain kali., aku nak ucapkan selamat bercuti buat rakan-rakan UniKL sempena sambutan Maulidur Rasul 1434H ini, semoga kita dapat memberi pengisian yang bermakna dalam sebarang sambutan Maulidur Rasul ini.
Semoga kita terus mentarbiahkan diri kita sendiri disamping memberi nasihat kepada orang sekeliling kita .
Tiada insan yang suci yang tidak punyai masa silam , tiada insan yang berdosa tidak punyai masa depan [ Setia Hujung Nyawa ]
Apa-apa pun, aku rindu sangat nak teruskan menulis di sesawang blog ni.
Jom selawat ramai2...
sekian wassalam...
Ahmad Sabri bin Muhamad

No comments:
Post a Comment