VVIP TOS

Monday, October 10, 2011

D.E.C.I.S.I.O.N

Assalamualaikum w.b.t & Selamat Tengah Hari...
Semoga sihat-sihat semua hendaknya.....
Kali ini, aku nak tulis satu entri yang mungkin korunk2 akan cakap
" Abe Wie nie dah jadi pakar kaunseling ka? hahaha........"
Apa-apalah komen korunk tu, yang penting aku terus istiqamah dalam penulisan yang berilmiah...cewahhh......
malas nak meleret panjang2....terus ke main point entri nie k....

" Bijak Dalam Membuat Keputusan "

Kenapa kita perlu bijak dalam buat keputusan? perlu ke susah-susah kita mengambil masa yang lama untuk buat satu keputusan lebih-lebih lagi bagi hal yang remeh?

Saat mengungkap satu kata putus atau keputusan merupakan satu ketika atau saat yang amat kritikal dan penuh dengan cabaran. Kenapa ia cukup kritikal dan mencabar?

Ia kerana, satu keputusan yang diungkap pasti akan diakhiri dengan kejayaan atau kegagalan, kebaikan atau keburukan malah ia mungkin mendatang satu situasi yang tidak pernah terjangkau oleh akal kita. Harus dingatkan, kebijaksanaan mahupun kematangan seseorang itu juga boleh dinilai melalui car-cara seseorang itu membuat keputusan yang penting walaupun untuk perkara yang remeh. Maka, ini harus dititikberatkan agar keperibadian kita terjaga.

Keputusan? Ia boleh dibuat dalam satu masa yang serta merta atau boleh dibuat dengan mengambil masa yang tertentu. Namun, keputusan yang dibuat dalam keadaan tergesa-gesa adakalanya kurang bijak dan tidak memberi faedah malah mendedahkan kita kepada suatu suasana yang tidak bagus sekiranya banyak perkara berbangkit wujud. Jadi, seharusnya kita memperlengkapkan diri kita terlebih dahulu dalam mempelajari cara-cara untuk membuat keputusan dengan bijaksana.

1. Bebas dari KESUSUTAN


Ingat, apabila kita ingin mebuat satu keputusan, maka elakkan diri kita dari keadaan dimana kita Stress, Tekanan Jiwa, Marah. Dan ketika membuat keputusan, perlulah ada keyakinan diri yang utuh, bagaimana untuk meningkat keyakinan diri kita, klik sini.

Tenangkan fikiran kita dengan cara yang betul, bukannya dengan cara menjerit( kalau lunak boleh dipertimbangkan), menumbuk dinding ( apa ingat kuat sangat ke tangan kita tu?) dan sebagainya lagi. Seeloknya dalam kita berusaha nak menenangkan diri kita tu, cuba kita duduk dengan rileks, tarik nafas dalam-dalam, nak lebih islamik, ambil wuduk dan lakukan solat sunat. Mudah-mudahan kita ditenangkan hati. Fikiran yang tenang amat penting kerana ia akan memastikan keputusan yang dibuat tidak terikat dengan emosi atau ragu-ragu, kerana ia akan mendedahkan kita kepada satu keputusan yang bakal merumitkan lagi keadaan.

 p/s: Ada member bagitahu, kalau nak mendapat ketenangan singgah la ke Tenang, Johor. 


2. Tahu Sumber Masalah

Sebelum kita nak buat keputusan, mesti kita kena tahu dulu asas masalah. Kalau tidak, keputusan yang dibuat dikhuatiri tidak kena dengan masalah yang dihadapi. Dah tenangkan diri, so fikirkan semula perkara-perkara yang harus ditimbangtarakan dalam membuat keputusan. Jangan main redah je dik, nanti kita pula yang dipersalahkan. Dengan mengetahui punca masalah, maka barulah kita beranjak kepada dengan membuat keputusan.

3. Banyakkan Pilihan Keputusan

Dalam membuat keputusan, janganlah kita fikir satu jalan penyelesaian. Fikirlah seberapa banyak yang mungkin untuk dijadikan backup plan sekiranya keputusan yang pertama itu tidak menjadi. Dalam membuat banyak pilihan itu, seharusnya kita mencatat dan cuba berfikir sebentar akan kesan-kesan yang akan muncul sekiranya keputusan yang bakal diambil adalah salah atau betul.

4. Sebab dan Akibat

Seperti yang dah tertulis kat point no 3 tu kan, setiap keputusan yang diambil akan ada kesannya nanti. Maka, disini kita seharusnya bijak dalam membuat keputusan yang terbaik. Dalam membuat keputusan atau memilih keputusan yang terbaik, fikirkan dahulu sebab apa kita pilih keputusan itu dan cuba buat analisis akan masalah yang bakal muncul. Itu yang selalu aku katakan pada rakan-rakan aku.

5. Pilihan Terbaik.
Selepas semua perkara diatas diambilkira, maka buatlah satu keputusan yang terbaik untuk diri sendiri, dan orang sekeliling kita. Harap-harap keputusan kita itu akan membuahkan hasil yang positif. dan pastikan keputusan yang kita pilih tu, mampu untuk kita laksanakan dan tidak membuat kita menyesal di kemudian hari.

Yakin pada diri, bahawa keputusan yang kita pilih tu adalah keputusan dari pilihan yang terbaik pernah kita lakukan.

6. Tegas dengan keputusan.

Kalau dah buat keputusan tu, kenalah tegas. Jangan pula lepas buat keputusan, boleh pula kita ubah2 sesuka hati. Jangan mudah terpedaya atau terhasut dengan kata-kata orang lain. Jika kita yakin keputusan kita adalah BETUL maka teruskan dengan tindakan kita itu. Kesabaran itu penting dalam membuat keputusan.



Kehidupan kita ini terlalu banyak pilihan dan semestinya kita harus membuat pilihan dalam menjalani kehidupan seharian kita. Membuat banyak pilihan dan berjaya mendapatkan pilihan yang terbaik akan mematangkan lagi fikiran kita dan mematangkan tindakan kita dalam menempuhi kehidupan yang mendatang. Tajamkan fikiran dan tenangkan fikiran ketika membuat satu keputusan penting, kerana semuanya akan memberi kesan tak lain dan tak bukan hanya pada kita juga. Gunakanlah pengalaman lalu sebagai guru pandu kita dalam membuat keputusan.

Sekian terima kasih

Wassalam.

p/s: skunk nie dalam mood tengah wat keputusan nie, nak balik cuti raya haji or tnggu cuti sem? adoiiii stress.....jangan lupa, coretkan sedikit komen-komen anda semua....he9....

1 comment:

Ikram said...

Abe wie..
dah jd motivator ke, tp it's ok..keep it up.
istiqamah dlm penulisan itu yg utama.
btw, abe wie ble nak tulis sajak lagi?
kami kat sini rindu nak bace sajak abe wie.
:P
p/s: Naim, Azri, Hafiz, Azemi, Izzah, Nony, Mazura kim salam + telur kosong kat abe wie. Salam dari Tokyo