VVIP TOS

Friday, October 7, 2011

MOTIVASI : YAKIN BOLEH

Assalamualaikum...
Kali ni aku nak sambung entri yg semalam, kalau sape2 yg xbace lg tu silalah klik sini

Katakan sesuatu yang positif kepada diri kita sendiri dalam memperkukuhkan akan keyakinan terhadap diri sendiri. Maka, lafazkanlah bahawa setiapkali didatangi masalah atau kesulitan, kita akan cuba sedaya upaya untuk tidak mudah mengalah terlalu awal malah terus menongkah masalah itu.........

Tepat kalau anda berpendapat bahawa usaha membantu diri adalah tidak berbaloi kerana segala pemberian adalah diluar kawalan kita...

Keyakinan adalah kepercayaan terhadap diri kita, dimana kita mengangkat keyakinan itu adalah suatu yang penting. Keyakinan diri sendiri adalah kepercayaan bahawa kita mampu mengendalikan kehidupan kita tidak kira dalam keadaan senang mahupun susah....

Namun, keyakinan diri yang tinggi harus dipupuk dan  dihayati oleh setiap insan yang mahukan kejayaan demi kejayaan tanpa mengaku kalah kepada kegagalan. Terdapat beberapa perkara yang boleh diambil kira dalam menyemai atau menyuburkan sifat keyakinan pada diri sendiri.

1. Sama
- Anggaplah bahawa kita dilahirkan didunia ini tanpa kelebihan berbanding orang lain. Pupuk dalam diri bahawa semua orang disekeliling kita adalah SAMA dengan kita. Tiada yang boleh dibandingkan dengan kelebihan masing-masing.

2. Yakin Boleh
- Kalau orang lain boleh lakukanya, kenapa tidak kita. Tanamlah semangat Yakin Boleh agar kita sentiasa bersemangat dan sentiasa memacu kehadapan...Namun begitu, belajarlah dari kesilapan orang lain dan cubalah untuk membaikinya semula....

3. Semak Diri & Baik Pulih
- periksa kelemahan diri sendiri dan cubalah atasi kelemahan itu sebaik mungkin..tidak semua kesilapan yang lalu terus mematikan semangat ingin berjaya dalam hidup kita......

4. Berani
- Jangan terlalu takut atau teragak-agak dalam melakukan sesuatu perkara...Yakin pada diri dan teruskan melangkah demi mencapai kejayaan yang diimpikan.

5. Kemas Diri
- Setiap bersedia dan anggaplah bahawa anda sentiasa terbaik dalam suatu ketika.Emangat ini perlu bagi menaikkan semangat kita.....Namun jangan bongkak dan angkuh dengan kejayaan yang pernah dicapai....

6. Serlahkan Bakat
- Kekadang kita tidak perlu terlalu malu dan sepatutnya kita harus membuang sifat malu yg keterlaluan itu agar kita dapat menonjolkan diri kita dengan bakat yang kita ada...

7. Interaksi
- Bila kita berinteraksi dengan seseorang, maka pandanglah tepat anak mata orang itu, kerana ia akan menambahkan lagi keyakinan diri kita semasa berhadapan dengan orang ramai.

8. Tenang Diri
- Usah difikirkan masalah yang lalu. Fikirkan apa yang perlu kita lakukan sekarang dan jika masalah menghampiri kita cepat-cepatlah kita mencari jalan untuk mengatasinya.

9.  Senaman
-lakukan sedikit senaman ringkas sebelum kita melakukan sesuatu. Ia mampu mengurangkan sedikit rasa gemuruh dan takut ketika berhadapan dengan khalayak ramai.

10. Masa
-pekalah dengan masa. Jangan berlengah-lengah atau sentiasa mencari alasan untuk tidak melakukan sesuatu perkara. Ingatlah bahawa setiap saat itu tidak menunggu kita malah ia akan terus meninggalkan kita...

Diharapkan dengan sedikit perkongsian diatas ini, dapatlah kita sama mengambil sedikit iktibar dan segera berubah. Berubahlah menjadi seseorang yang mempunyai nilai.......
wassalam
p/s: skunk nie Aku byk post entri ala-ala motivasi an...hahaha......papepun jangan lupe dropkan comment anda....kih3 

No comments: