Setiap individu pasti mempunyai bakat , kebijaksanaan mahupun kemampuan yang relatif berbeza dengan satu sama lain. Namun begitu, kekadang kita tidak mampu atau terdaya untuk mencapai kejayaan yang maksima. Ada juga antara kita yang selalu membandingkan kemampuan diri sendiri dengan kemampuan orang lain. Walhal sesuatu kejayaan itu bukanlah bergantung sepenuhnya kepada bakat yg dimiliki mahupun kebijaksanaan seseorang itu. Apa yang menjadi penghalang kepada kita untuk mencapai kejayaan adalah kurangnya rasa percaya pada diri kita sendiri.
Dalam kehidupan ini, kekadang kita cepat menyerah kalah atau berputus asa. Ketika dihambat kesulitan mahupun musibah , kita akan seringkali berlegar-legar di zon selamat. Padahal dalam mencapai sebuah kejayaan atau keberhasilan perlu satu kerja keras, ketahanan mental dan konsistensi yang tinggi. Bagi mengatasi masalah ini, maka peranan terhadap keyakinan pada diri sendiri menjadi faktor paling besar bagi menentukan keberhasilan dalam kehidupan seharian kita.
Jika dilihat ke arah seseorang yang berjaya, baik samaada dalam bidang professional mahupun tidak, kesemuanya itu menuntut akan keyakinan diri yang kukug lagi utuh. Kalau mereka gagal, mereka pastikan segera bangkit dari kegagalan itu. Proses ini berulang kali akan dipraktikkan oleh mereka yang mempunyai iltizam dalam mengejar kejayaan dalam kehidupan harian mereka. Mereka ini berani menentukan sasaran , gagah melangkahi walaupun kejayaan yang ingin dicapai itu jauh dari pandangan mata.
Disini, marilah kita mengambil sedikit falsafah yang ingin dikongsikan melalui penceritaan seorang tokoh muda kita, iaitu Nik Nur Madihah bt Nik Mohd Kamal. Tentu semua sudah mengenali beliau, beliau adalah tokoh SPM 2008 dimana memperolehi 20 A dalam SPM. Namun apa yang ingin diceritakan disini adalh mengenai perjalanan hidup beliau dan hubungkait kehidupannya dengan kejayaan yang diperolehinya.
Siapakah Nik Nur Madihah ini? Adakah anak seorang bangsawan? anak Tan Sri? Tidak, Nik Nur Madihah merupakan seorang anak kepada nelayan kampung dimana kita dapat bayangkan akan perjalanan kehidupan seorang nelayan kampung. Namun, segala kesukaran yang terpaksa dilalui oleh Nik Nur Madihah ini tidak sedikitpun mengecilkan dirinya untuk berjaya dalam kehidupannya. Malah beliau makin bersemangat dan istiqamah untuk mengubah nasib keluarga beliau.
Dengan berbumbung sebuah rumah kampung itu, Nik Nur Madihah mampu memanipulasi keadaan itu dan tidak menganggapnya sebagai alasan untuk tidak mencapai kejayaan. Beliau berjaya mengembleng idea dan usaha lantas memperolehi kejayaan yang cukup bermakna bagi keluarganya. Kejayaan Nik Nur Madihah telahpun mengubah landskap kehidupan keluarganya.
Si ayah bergelut dengan gelombang.Itulah serba sedikit cerita dari kisah seorang yang bernama Nik Nur Madihah Nik Mohd Kamal.
Si ibu bergelumang dengan perit harian.
Lantas si anak menyemat tekad untuk terus berjuang melepaskan mereka dari kesengsaraan.
Kesempitan hidup yang menyesakkan nafas tidak pernah sekalipun mematahkan semangatnya untuk berjaya. Malah itulah tangkal dan azimat yang menjadi bekalan untuknya mengatur langkah, mencari permata yang tak ternilai harganya – ILMU! Menyalin semula sebuah kamus dengan tulisan tangan sendiri kerana tak punya wang untuk membelinya. Sering berpuasa menahan lapar dan dahaga demi untuk menjimatkan belanja. Menahan keinginan hati untuk memiliki barang-barang sendiri. Bukan senang mencapai bintang. Namun, tiada yang mustahil dalam kehidupan. Kepada Allah dia menyandarkan harapan. Agar diberi kekuatan dan ketabahan untuk meneruskan cabaran hidup. Semoga diberi kesempatan untuk membalas keringat dan jasa ayah bonda.
Tekad si anak bukan mainan kerana di hujungnya adalah permulaan kepada sebuah KEJAYAAN!
Dari cerita diatas, ia sedikit sebanyak memberi sumber inspirasi dan semangat kita bahawa elemen keyakinan terhadap diri sendiri itu amat penting. Keyakinan pada diri sendiri amat penting kerana ia akan menentukan hala tuju akan sesuatu matlamat kita dan ia adalah kunci kepada sesuatu kejayaan yang bakal diraih oleh kita kelak.
wassalam.
Adios dari Ahmad Sabri Muhamad






No comments:
Post a Comment