Assalamualaikum & Selamat Malam Buat Semua...
Sebelum aku menutup mata dan menghadapi kejadian "mati kecil", aku terasa nak post satu entri yang boleh kita ambil iktibar sama-sama....
" Jujur Dalam Kesetiaan"
Apakah maksud entri ini?
Kejujuran dan kesetiaan ibaratkan dua jiwa dalam satu raga,
Kalau kejujuran itu dinisbahkan dengan mata, maka kesetiaan adalah hati........
Analoginya cukup mudah, bila kita memandang, tentunya hati kita yang akan mula menilai dan memberi bisik-bisik halus...
Namun,
Jika mementingkan akan sifat kejujuran,
maka tersiksalah hati....
kerana apa?
Hati selalu mengzahirkan realiti...
Dan realiti itu selalunya amat perit jika diketahui oleh kita.....
Dimana ia tidak terlihat oleh mata kasar kita.....
Begitulah juga,
Jika kesetiaan dianggap penting,
mata pula akan sentiasa mengalirkan airmata,
kerana apabila kejujuran diabaikan oleh hati,
realiti itu berada dalam penipuan dan kepalsuan airmata
Mudah sahaja formulanya,
Andai tidak mahu mata mengalirkan airmata, maka jujurlah...
Andai tidak mahu hati tersiksa, cubalah setia.....
Jangan pernah sesekali kita menjarakkan dua elemen penting ini antara satu sama lain....
Ia kerana Kejujuran dan Kesetiaan ini saling memerlukan satu sama lain.....
Apa yang dapat menyatukan kedua-duanya?
Jawapannya adalah CINTA.
Cinta mampu memberikan kesetiaan pada hati adalah yang benar-benar merasakannya...
Cinta mampu memberikan kejujuran adalah yang melihat kenyataan itu.....
Oleh itu,
Cubalah untuk setia pada hati dan kejujuranmu....
Sulamilah kesetiaanmu itu dengan kasih sayang dalam kejujuran yang utuh.....
wassalam
Selamat Malam semua.......
p/s: entri nie kire jiwang x? hahaha.........xabes2 ngan jiwang kn blog aku ni an.....btw, jng lupe coretkan sedikit komen anda kat entri ni nye...thanks...


No comments:
Post a Comment