VVIP TOS

Tuesday, October 4, 2011

MOTIVASI DIRI

Assalammualaikum w.b.t
Hari ini aku rasa nak post something yang dh lama aku cuba nak post.....he3(poyo sudah)


" CABAR DIRI SENDIRI UNTUK SUKSES DALAM HIDUP"




Sukses atau kejayaan bukan sesuatu yang mudah utk kita capai dalam kehidupan ini. Namun begitu ia bukan suatu yang mustahil atau kepelikan dalam berusaha mencapai kejayaan tersebut....( cam pelik je ayat aku nie?)
Cita-cita yang tinggi tidak semestinya dapat dicapai walaupun kita melakukan pelbagai cara untuk mendapatkannya.

Kejayaan bagi aku adalah suatu yang amat subjektif, depend pada individu masing2, cos xsemua orang akan dapat memenuhi sasaran yang dikehendaki. Namun, sikap mudah berpuas hati atau selesa selepas mencapai kejayaan itu akan amat mengjengkelkan dan kurang bijak. kerana kejayaan itu bukan sesuatu yang statik. Kekadang kita akan berada di atas dan kekadang kita akan berada di bawah. Ibaratkan putaran roda, begitulah kehidupan manusia.

Namun, kat sini aku nak kongsikan beberapa langkah or tips dalam kita mendapatkan kesuksesan hidup dengan memenuhi matlamat hidup. oppss, matlamat tidak menghalalkan cara......so pandai2lah kita membezakan yang mana patut jadi contoh.......( melalut plak aku nie....... he3)


Sasaran Tinggi
  • letakkan sasaran dalam hidup pada rangking yg tertinggi....contoh la, kalau korunk nie student an, target korunk mesti kena tinggi...kalau setakat senarai dekan, apa kata korunk letak sasaran lebih tinggi lagi macam nak dapat Anugerah Naib Canselor ke atau lagi tinggi Anugerah Diraja ( Anugerah Canselor )......apa-apapun, mesti berani cabar diri kita utk meletakkan sasaran ditempat yang tinggi kalau boleh lebih tinggi dari Gunung Everest...(melampau x?).....
  • tapi ade orang cakap la kn, kalau tak capai sasaran tu bermakna kita menempuhi kegagalan. Ya betul tapi mana ade semua perkara yang bermula dengan kejayaan. Kunci kepada kejayaan adalah perulangan kegagalan.
  • Gagal xsemestinya gagal selama-lamanya kan......  

Jangan Mudah Berpuas Hati

  • sifat ini akan membunuh impian kita selepas memperolehi kejayaan,
  • jangan mudah selesa dengan sedikit kejayaan,... kita seharusnya berusaha untuk mencapai lebih kejayaan pada masa yang mendatang..
  • so, pe kata kita sama2 aim kejayaan yg lebih besar selepas mendapat kejayaan yg kecil.....
Tanya Diri Dengan Positif
  • lumrah hidup manusia an selalu menyalahkan diri sendiri atau salahkan orang lain dengan pelbagai alasan.
  • jangan sesekali kita merendahkan moral ke atas diri kita atau orang lain....
  • elakkan terlalu tertekan dengan kegagalan yang dihadapi.....
  • cer tanye or soal diri dengan soalan yg positif....
  • contoh ; Aku boleh capai benda tu, Apa yg aku perlu buat lagi ek?
Pandang Kejayaan Orang Lain
  • bab ni perlu ade kesedaran sikit...jangan plak kita cemburu ngan kejayaan orang lain.
  • ambillah kejayaan orang lain itu sebagai pemangkin untuk kita lebih berjaya...
  • tapi dalam kita nak tengok kejayaan orang tue, pilihlah kejayaan orang yg bersumber dari usaha yang jujur..bukannya dari sumber yg xbetul........he3.........opsss, orang yg dah berjaya ngan cara xbetul tu an, jgn berlagak sgt la kan.......
Kualiti Dalam Hidup
  • dalam kehidupan kita an, kita perlu sentiasa membaiki atau meningkatkan kualiti kehidupan kita...
  • paham x?
  • cam ni analoginya, kalau kita selama nie jadi pembantu pegawai kesihatan, pe kata kita berusaha nak jadi pegawai kesihatan....naik pangkat la senang......
  • bukan nak mengajar korunk2 tamak.....tapi berusahalah kerana kalau korunk xberjaya dalam kehidupan, konfirm la aku cakap, mesti bnyak sumpah seranah korunk......ha3~~~
  • itu baru sumpah seranah, x masuk lagi bab kebanjiran airmata....hahahaha
so, ini baru sikit tips kalau nak cabar diri.....so beranikan diri kita untuk mencapai kejayaan yang lebih besar..
wassalam....

p/s : Success is not heritage, Fail is Not Tradition........

No comments: