VVIP TOS

Tuesday, October 4, 2011

Macam-Macam Cinta

Assalamualaikum....
entri kali nie agak berat rasenye....coz aku tetibe lak dapat ilham nak menulis something yg related to CINTA..
(bajet 1st tyme tulis sal nie an...ha3)


Cinta jika ingin didefiniskan amatlah sukar kerana pemahaman CINTA itu adalah suatu yang subjektif dan ia bergantung kepada penerimaan tiap-tiap individu yang merupakan PEMAIN CINTA.....Perkataan Cinta ini amat sulit untuk kita takrifkan...sama dengan situasi sekarang ini, aku pun xtaw nak bagi maksud cinta takut2 tersalah bagi pemahaman..ha3..
Untuk mendefinisikan cinta sangatlah sulit, kerana tidak bisa dijangkau dengan kalimat dan sulit diraba dengan kata-kata. Ibnul Qayyim  mengatakan, “Cinta tidak bisa didefinisikan dengan jelas. Bahkan bila didefinisikan tidak menghasilkan (sesuatu) melainkan menambah kabur dan tidak jelas. (Bererti) definisinya adalah adanya cinta itu sendiri.” (Madarijus Salikin, 3/9)

Sebagaimana telah lewat, cinta merupakan salah satu dari ibadah hati yang memiliki kedudukan tinggi dalam agama sebagaimana ibadah-ibadah yang lain. Allah  berfirman: 


“Dan orang-orang yang beriman lebih mencintai Allah.” (al-Baqarah: 165)


Cinta barangkali boleh dibahagikan pelbagai jenis konsep cinta itu....namun, kat sini aku nak bhagikan pada 4 la kowt....nape aku nak bahagikan pada 4? suka hati la an,......xder2.....melalui pembacaan aku la an....banyak ulama-ulama membahagikan cinta kepada 2 bahagian, namun ade yang membahagikan pada 4....
Asy-Syaikh Muhammad bin ‘Abdul Wahhab al-Yamani t dalam kitab al-Qaulul Mufid fi Adillatit Tauhid (hlm. 114) menyatakan bahwa cinta ada empat macam.
Pertama, cinta ibadah.
Iaitu mencintai Allah dan apa-apa yang dicintai-Nya, dengan dalil ayat dan hadits di atas.
Kedua, cinta syirik.
Iaitu mencintai Allah dan juga selain-Nya seperti cintanya kepada Allah . Allah berfirman: 
“Dan di antara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan -tandingan (bagi Allah). Mereka mencintai tandingan-tandingan tersebut seperti cinta mereka kepada Allah.” (al-Baqarah: 165)
Ketiga, cinta maksiat.
Iaitu cinta yang akan menyebabkan seseorang melaksanakan apa yang diharamkan Allah dan meninggalkan apa-apa yang diperintahkan-Nya. Allah  berfirman:
“Dan kalian mencintai harta benda dengan kecintaan yang sangat.” (al-Fajr: 20)
Keempat, cinta tabiat.
Seperti cinta kepada anak, keluarga, diri, harta, dan perkara lain yang dibolehkan. Namun tetap cinta ini sebatas cinta tabiat. Allah berfirman: 
“Ketika mereka (saudara-saudara Yusuf ) berkata, ‘Yusuf dan adiknya lebih dicintai oleh bapa kita daripada kita.” (Yusuf: 8) 
 Jika cinta tabiat ini menyebabkan kita tersibukkan dan lalai dari ketaatan kepada Allah  sehingga        meninggalkan kewajiban-kewajiban, berubahlah menjadi cinta maksiat. 
Bila cinta tabiat ini menyebabkan kita lebih mencintai perkara-perkara tersebut sehingga sama seperti cinta kita kepada Allah  atau bahkan lebih, maka cinta tabiat ini berubah menjadi cinta syirik. 
So, ini sedikit perkongsian dari aku, pandai2 la kita nilai jenis cinta apa yang kita tengah lakonkannyer......
Wassalam

No comments: