Rindunya nak menulis kat blog nie..hu3...rasanya dah lama tak update kat blog ni an....
terkujat dah jari jemari aku yg xberapa nak runcing nie nak menulis something dalam blog yang tak seberapa ini.
Kali ni, aku nak update pasal apa ek.....sudah terang lagi bersuluhkan Torchlight..
Tajuk entrinya sudah ku nyatakan...
" Minggu Penghayatan Islam : Masa Untuk Berubah "
Ada apa dengan tajuk ini? dan kenapa aku perlu tulis "MINGGU PENGHAYATAN ISLAM"?
Sebenarnya, dah lama aku nak menulis sesuatu mengenai perkara diatas, terkenang kenangan lalu di Kolej Matrikulasi Perlis, dimana Pusat Islam Masjid Al-Falah Kolej Matrikulasi Perlis pernah mengadakan satu minggu iaitu MINGGU PENGHAYATAN ISLAM......so, apa kaitan kenangan aku yang lalu dan entri kali ini.?
Aku sebenarnya tak tahu nak bagitahu kat semua pembaca macam mane.hurmmm....cammane ek?
Sebenarnya aku nak maklumkan selama seminggu bermula 31 Oktober 2011 Sehingga 6 November 2011, blog aku ini akan mula mengudpate dan berkongsi apa bersesuaian dengan Minggu Penghayatan Islam.
Korang paham x?hurmmm....masih blurr an.....camnie ayat mudah dia, blog aku nie akan menjadi blog yang bertemakan Minggu Penghayatan Islam selama seminggu. Faham x? warghhh susahnya nak bagi faham.....xpe2, selepas seminggu ni, korunk mesti faham kan....he3...
Minggu Penghayatan Islam atau MPI yang akan berlangsung selama seminggu di blog aku ini akan membawa motto Masa Untuk Berubah.....hurmmm sekali lagi mesti korang tertanya-tanya an, kenapa aku ambil motto macam tu an.....
Sebenarnya motto tue adalah merujuk kepada diri aku sekarang ini.. Aku rasa aku perlu berubah sekarang ini.Aku dah tak mahu jadi hambaNya yang jahil.... :(
Sebab itulah aku pilih motto gamaknya macam ini...
Namun begitu, aku nak minta maaf berbanyak terlebih dahulu sekiranya sepanjang blog ini beroperasi sebagai MPI : Masa Untuk Berubah ada menyinggung perasaan pihak lain mahupun tersindir orang lain.
Akhir kata, sama-samalah kita menasihati satu sama lain kerana ia adalah suatu perkara yang mulia. Dan sama-samalah kita menegur satu sama lain kerana kita hidup hendaklah berbakti kepada mereka yang lain..
Sekian Wassalam.....
Ahmad Sabri Bin Muhamad

1 comment:
alhamdulillah.. sama2 la kita meng'upgrade'kan diri msg2.. memacu hijrah dlm diri. tapi plg utama action itu plg penting.
Post a Comment